Tuesday, December 28, 2010

Keciwanya aku..

semalam 1 hr moody sampai tgh malam. pg2 stok susu taknak kuar.tensen jap.masa tu pam kat taska. sambil tu suh akak tu kuarkan dari peti beku yg bagi kat dia hr jumaat lepas. dah siap pam bukak peti nak simpan, alangkah tersentapnya beta bila ada 4 botol susu dhia tersimpan rapi belum diusik. aik tak minum susu ke dak kecik ni jumaat lepas. berdebar dada. siap 1 botol yang bmintak akak tu kuarkan pun still ada dalam peti sejuk, bukan dalam peti beku. marahny adalam ati tuhan je yang tahu. dah la ko buang je semua susu tu and start today aku nak kira n pastikan semua stok digunakan dengan sempurna.

isnin semalam:
pagi ~ 1 botol (3oz)
tghari ~ 2 botol (2 oz per botol)
= 7 oz
bawak balik 2 oz.

still dlm peti 2 oz tak abih.

so dhia just minum 3 oz dari pagi sampai petang.. gilerrr!!! nasib aku pegi susukan dia. kalo tak kcian anak mummy.

Friday, December 3, 2010

dhia 2 bulan..

harini jumaat, genap umur dhia 2 bulan, n genap jugak pantang aku 60 hari.hehe dah boleh makan semua benda ke. umur dah 2 bulan, setakat ni dhia dah pandai senyum, bila agah2 dah pandai respon. bila niarapkan dhia dah pandai angkat2 kepala. yang aku perasan dhia jenis body yg agak kuat, sejak lahir lg, umur sebulan dia dah boleh angkat2 kepala. dhia pun dah pandai focus. dhia tak kuat menangis tapi bila kemahuannya lambat dituruti haha akan dengar lah jeritannya. ni time kalau lambat bg susu, lambat mandikan dia..mlm td dhia tak lena tidi..mummy terpaksa la temankan dhia n dodoi dhia sampai pukul 2 lebih.kcian anak mummy susah nak tido malam tadi.

Thursday, December 2, 2010

straight 4 ward kan senang....

pg tadi anta dia kat nursery..daddy pun masuk sekali dalam. dah berapa kali daddy masuk..masa nak balik tgh nengok feel budak dlm tu , tetibe sorang pengasuh tu sound, dengan tak pandang mue kita, kak sebenarnya lelaki tak boleh masuk..perghh...cuba ko cakap elok2, profesional skit, ni sambil ko pakaikan seluar budak, mencangkung , ko sound kitaorg, macam si**..nampak sangat ko tak profesional...mujur ko yg cakap, harapkan yg lain, mengata belakang2...patutla instink i macam tak sedap je nengok akak sorang tu..........sabar je larrrrrrrr.........

Tuesday, November 30, 2010

kcian dhia...ptg smlm masa jemput kat taska, cikgu dia cakap dhia cam nak puting. sebenarnya dia nak buai...nanti la syg, mummy belikan sayang endoi yg kita nmpak kt JJ aritu..balik2 dia wat pangai mata juling...nak tergelak mummy n daddy nengok peel dhia ni. malam tido sampai pg, punye la mengantuk sampai taknak minum susu.

Monday, November 29, 2010

aduhhh dhia......

dah masuk 2 weeks dhia kat nursery..ermmm sedihnyerr nak tinggalkan anak mummy ni.........ooppppppsssss...tetibe jer masuk blog tanpa salam n introduce...haha..actually hari ni dah 57 hari aku bersalin n umur si kecik...dah masuk 2 minngu aku masuk kerja.......lepas dpt baby ni boleh dikatakan life aku dah bnyk berubah...dah xboring...erm dah takder langsung ms free n terbuang ..setiap saat terisi. aku rs hepy melayan keletah dhia...walau dia nangis ke, poo poo ke, wut ever yg dia buat sentiasa wat aku hepy...dhia mummy yg comel..syukur pd ALLAH coz bg peluang aku merasai kebahagiaan ni...

semalam dhia wat pangai.. tak mau tido dr kul 5 sampai kul 1 malam..aduh dhia mummy nk kerja la esok. sudahny apnggil daddy tlg dodoi..last2 tidor gak.. sudahnya mummy bukk mata tgk jam dah pukul 6.58..hai anak mummuy punya penangan..dah la bangun lambat. leh plak dhia nangis2 nak susu masa nk start drive td. macam tau2 je hari ni nak kena tinggal kat nursery..cian anak mummy...

Tuesday, August 17, 2010

buka pose kat Ktn-Ganchung-Bera

13 Ogos - 15 Ogos

kami balik kampung. balik after opis. setengh jam awal aku dah keluar. samapi kuantan hampir kul 7. berbuka mee goreng,. esoknya gerak ke Ganchung. tolong my MIL buat buah melaka. esoknya petang gerak ke Bera. wah suka sangat budak2 berempat tu.

buah delima

dah lama nak cari buah delima ni. at last jumpa gak time pergi econsave ngn hubby, tp alahai mahal betul, sebiji dah rm5.50. takperla janji dapat makan sebiji pun bagus n tercapai gak impian, tapi tak boleh share ngn hubby hehehe..len kali kita p beli lagi erk.

Thursday, August 12, 2010

besday opis

sebanarnya dah lama tak update blog ni so dah banyak rentetan peristiwa2 yg tak sempat diabadikan dalam blog ni. sementara ada masa ni, aku nak paparkan apa yang dah berlaku sepanjang aku tidak berblogging.

5/8/10 - besday opis. sambutan utk mereka2 yang lahir from April - Jun. Aku punya dah terlepas bulan Feb haritu. Semua hadir. kali ni takder poklak2 macam yang lepas. tapi makanan semua quite heavy contohnya macam pic kat bawah ni:
pulut kuning. sangat sedap makan sama itu rendang ayam..

rendang ayam
nasi impit untuk menu lontong

sambal lontong

pisang sebagai pencuci mulut
air kotak jerr

i punya pulut kuning


kacang goreng
indulgence cake, from secret recipe..yummy...yummyy!!!


my frenzs n me
also my frens n me
my boss n others officers
they alls tgh potong cake..hehe
my cake..saje taruk ros kc cun

itu jer makanan yang kami semua dapat sediakn hehe moga bulan2 akan datang bertambah bes.

~hepy besday to all my frens~

Friday, August 6, 2010

aik dah windu??!!!

akhirnya malam tadi aku tido gak umah cik shida. urmm sedih tinggalkan hubby. hubby plak sedih ke tak?? haha tu tak tau..yg pasti aku mmg sedih, tp rasa hepy sikit bila dapat jumpa cik shida. dah lama xjumpa dia. teman dia bukak puasa. hoho tukar2 citer. kembali ke zaman bujang kejap. tapi that malam jer. lepak2 jap ngantuk awal plak malam ni. terjaga pukul 3 lebih, tetiba rindu sangat kat hubby. ishh tak call pun. layan2 feeling jap terlena balik. sedar2 bunyi call. eh hubby call .ai pandai plak dia bangun awal. hehe...dia cakap dah nak bertolak ke Kuantan. ok la tu.aku bangun mandi n pergi beli kuih nak bawa bekal opis ngn cik shida. jalan sampai LRT n berpisah ngn sik Shida kat situ...bubuy cik shida entah bile plak kita dapt jumpa kan??? ni salah satu kuih yg aku sempat beli. sedapp!!

pulut panggang

inti dia, sama ngn secawan milo..

Thursday, August 5, 2010

splitnyeerr...

pagi ni betul2 buat i buntu..antara janji dan tanggungjawab, sayang, bla...bla...bla...all the things for myhubby la.Erm yang mana satu perlu i ikut. alkisahnya, last week myhubby bagitau akan outstation for 3 days, so i pun booking la shida myfrend untuk lepak umah dia start from wednesday-friday. dah janji bagai sume la, ye la nama pun nak menumpang kan. at last dapat tau hubby tak jadi plak outstation. tapi macam mana ni dah janji dengan cik shida. bukan sekali dah banyak kali janji nak stay n jumpa dia. selalu sangat mungkir. rasa bersalah sangat2 dengan cik shida. mintak permission from hubby then dia izinkan tapi macam tak samapi hati pulak nak tinggalkan hubby kat rumah. tkkan kot. uishhh........haha xsanggup i.......

Tuesday, August 3, 2010

bestnye........

hari ni keluar rumah nak ke tempat kerja tak macam selalu sebab bulan ni dah start masuk kerja pukul 7.30. awal tu bagi aku. nak buat macam kan, nanti tengah bulan dah start puasa. nak balik buat preparation for bukak puasa. hehe konon la. 
dah petang2 macam ni lapar pulak rasa. teringin nak makan benda manis2. pekena pengat pisang ke, bubur jagung ker, perghh sedapnya. ni belum lagi nengok pic dia.

pengat pisang.....

bubur jagung

Monday, August 2, 2010

check up 29 weeks

hari ni pergi PPUM untuk folow up 29 minggu setiap kali pergi mesti hangin jerk. nak tunggu turn mak ai, bercinta pun tak macamni. stress bebenor. masuk check2 ala kadar, pastu balik.

Info Minggu ke-29.
Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Friday, July 30, 2010

nak jalan-jalan

petang ni balik lambat esok cuti. plan ngn myhubby nak pergi jalan TAR. Plan je la. Jadi or tak tengok esok. sebenarnya dah lama tak merewang ke sana. sebelum kawin seingat aku la. lepas tu stop sampai sekarang. perghh lama tol. nak cari sikit barang2 untuk umah baru ni. nanti kalau dah pose memang tak larat nak menapak. teringat dulu2 punya citer. last pegi shopping dengan hubby time nak sambut raya 2008. shopping baju raya but masa tu belum kawin. konon2 nak sedondon la. so dalam banyak2 color tu hitam jadi pilihan kami. hubby cakap berkabung. nak dijadikan citer 25 syawal tu jugak my mother pergi selamanya. tu la nak sangat berkabung kan. sayang pulak baju tu mahal tapi sampai sekarang tak pernah pun pakai. haha sampai dah tercabut labuci dia. biarka simpan buat kenangan. ada masa sesuai baru boleh sarung.

tapi tahun ni punya baju raya ape yek??? ermmmm......
~

~

~


~


~
~
~
~


ooowhhh.confuse!!!!!!!! semua tak sesuaiii........nak pakai baju pe ni....?????? takper nnti pikir..

Wednesday, July 28, 2010

bulan puasa dah nak dekat..

2, 3 menjak ni so bored sangat2 aku rasa. ish dah lama tak balik kampung. nak tunggu puasa ni kot baru balik. dolu2 time bujang hari first puasa sanggup cuti coz nak celebrate 1st day kat umah. time tu arwah mak masih ada la. erm seronok. macam2 mak buat. tapi kadang tu aku selalu ngelat. hehe almaklumlah aku ni pemalas sikit orangnya. lagi2 time nak gentel kuih. bab2 ni serah ke my sister. dia amat ler rajin. syoknya makan ramai2. tak kisah kena hidang 2 3 hidang yang penting time tu sangat meriah. puasa tahun ni dah jadi suri rumah. so kena rajin ler. dah pasang niat awal2 nak masak untuk berbuka n sahur. but time berbuka tu sure nak tapau jugak lauk kat pasar ramadhan tu. tapi kalau sahur tu confirm la kena masak. harap2 aku still larat nak uruskan sume tu. time ni dah nak masuk 8 bulan pregnant. mintak2 aku dapat puasa penuh.

antara kuih feveret aku time bulan pose is puding gula hangus. hubby pun suka benda ni.


so i kena la belajar cara2 camner nak hasilkan feveret kitorang ni. selalu gak tengok resipi dia but tak pernah nak cuba.

resipi puding gula hangus:

gula - 1 cwn gula pasir, sedikit air
puding :
1 tin susu cair
1/2 gula pasir
4 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
sedikir esen vanilla

cara2:
pukul telur sampai kembang, then campur semua bahan tadi.
masukkan campuran ke dalam gula hangus n kukus.
senang jer.
~so untuk aku selamat mencoba~


Tuesday, July 27, 2010

citer keinsafan..

aku suka rayau2 blog orang. hari ni terajin sikit coz bigboss p meeting n malaih nak mengadap kerja2 aku so terbaca la satu blog yang agak menyayat hati. pasal parents yang kehilangan puteri yang mengidap penyakit

Friday, July 16, 2010

makanan semasa berpantang

makanan semasa berpantang

Jamu

Kebanyakan ibu-ibu lepas bersalin mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali seperti sediakala. Bagaimanapun, sebaiknya anda tidak mengambil jamu pada peringkat awal kerana kandungan bahan di dalamnya boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan. Makanlah selepas 2 minggu lepas bersalin serta dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambilnya.

Ulam-UlamanAnda disyorkan makan lebih banyak ulaman dan sayuran yang sesuai untuk ibu dalam pantang, tetapi elakkan makan petai, jering atau apa sahaja ulaman yang menerbitkan bau yang busuk.

Rempah Ratus
Dipercayai makanan yang dimasak dengan menggunakan pelbagai jenis rempah ratus dapat mengurangkan masalah berat badan yang dialami selain memulihkan tahap kesihatan.

Halia Muda
Sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang mengandungi banyak halia, ia dapat memecahkan angin dalam badan, menghilangkan rasa sejuk dan melancarkan proses penghadaman.

Kunyit
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu oleh ibu berpantang dipercayai dapat mengecutkan rahim dan mencuci darah. Bahkan jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka.

Bawang Putih
Bawang putih bukan sahaja berfungi sebagai penyedap makanan, bahkan mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang ketika bersalin. Bahkan ia juga dipercayai mampu membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

Pegaga
Ulam ini cukup terkenal di kalangan ibu berpantang. Daun pegaga disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya membantu menambahkan ingatan dan merehatkan minda serta tubuh badan. Malah ia dapat mengatasi masalah yang dialami selepas bersalin.

Sawi
Di kalangan masyarakat India, sawi menjadi keutamaan ketika berpantang. Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin dalam tubuh badan. Selalunya, sayur ini dimasak dengan cara mencelur terlebih dahulu dan dimakan bersama hidangan nasi panas.

Peria
Amalan memakan peria ketika berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar. Ia jugadapat menambahkan penghasilan susu ibu selain membersihkan dan melancarkan peredaran darah.

Ikan Haruan & Tenggiri
Untuk mengekalkan kesegaran tubuh, kebanyakan ibu berpantang akan mengamalkan pemakanan ikan haruan dan ikan tenggiri. Selain membantu melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia dapat menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ikan haruan dan tenggiri mempunyai kandungan asid amino dan lemak. Apa yang lebih menarik, kedua-dua ikan ini bebas kolesterol yang membuatkan wajah kelihatan berseri-seri.
Asam Jawa
Campuran perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang dapat memudahkan anda membuang air besar selain menyegarkan tubuh badan.

Nasi
Seelok-eloknya, nasi yang dihidangkan mestilah panas dan baru sahaja dimasak. Tujuannya adalah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Untuk mengelakkan kembung perut, elakkan daripada memakan nasi putih yang telah sejuk.
Minuman Berkhasiat
Ingin mengembalikan semula tenaga tubuh yang hilang ketika proses bersalin, anda digalakkan untuk meminum air rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan mengamalkan air rebusan ini pada setiap pagi dan malam, badan akan kembali menjadi ringan dan bertambah tenaga.

Ayam & Daging
Ayam dan daging adalah sumber protein haiwan yang penting untuk membantu memulihkan tenaga ibu selepasbersalin. Cara memasak seperti memanggang atau merebus dapat mengurangan kandungan lemak.Ibu perlu minum banyak air untuk memastikan susu ibu keluar dengan banyak.

Wednesday, July 7, 2010

kemas umah baru...

semalam sgt penat coz tolong hubby  ngemas rumah sewa baru. maklumler nak beli umah baru seniri lum mampu, so far sewa la dulu. kat apartment tulin, jln klang lama, KL. rumah ni betul2 mengadap sungai Klang, sungai yang misahkan KL and selangor. adik aku pun turut ringankan beban kami utk menolong mana patut. aku tak buat kerja sangat sebab tak larat, just mop2 sikit je. sampai pukul 1.30 am diorang buat kerja n then sambung lepak kedai mamak kat bawah tengok FIFA Uruguay VS Belanda. aku- lepak dlm kereta. balik rumah pukul 4.30 pagi. sangat ngantuk so terlewat sikit bangun pergi kerja.


rumah ku tingkat 13 - atas sekali tuh..



sukenya...

sukenya sebab berjaya buat sumtin yg dah lama aku nk try .dan akhirnya berjaya gak..hehe..

Sunday, July 4, 2010

cuti hari ahad......

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIIM...SALAM.....hai udah lama tidak memblogging....pegnt pun dah masuk 6 months lebih....xmood...hehe...muke pon dah sememeh lerr....




but suka bc blog orang je terutama blog yg byk resipi. semalam bngun lewat nak wat kerje pun xberapa nak larat sebab kepala penin, sakit2 belakang, kaki bengkak sikit. so tak ikut hubby pegi kedai satay. nak rehat2kan badan. bngun tadi rasa segar n semangat nak buat kerja rumah. memula masak utk lunch, sebenarnya nasi n masak lemak telur itik dah buat pukul 2 mlm td sebab kcian kat hubby lunch semalam takder, tak larat nk ngadap dapur. buatkan mlm td so blik dia boleh mkn tp tak mkn jugak coz aku ngantuk sgt nk hidang. so lunch ni just tambah sayur n ikan masin sikit. lauk lain takde malas nk turun bwh beli. abihkan apa yang ada kat dalam peti dulu ler.

dah siap lunch ngan hubby, lepas ni kene dok sorang2 hubby p buatkeje luar jap, petang br blik.  plan nak kemas barang...yeay tak sabar nak pindah rumah...sambil layan JJCM, melodi kemas skit2 kang semput plak cam haritu kalo buat banyak2. seronoknye nk pindah coz dah tak mampu nak mendaki tangga naik umah skang. lagi satu umah ni agak sempit, cian baby nnti. umah baru ni ada lift but mahal skit dari umah skang. ok la yang penting selesa la harap2. petang ni p ambil kunci.

Tuesday, February 23, 2010

renungan

10 sifat calon suami yang baik :))
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Thursday, February 11, 2010

pagi2 yang memenatkan..

hari ni bangun jer pagi rs xsedap sangat badan..nak wat cner kena jugak bangun..dah siap mandi, solat kejut hubby..knp la liat sgt nak bangun...cepat lar bangun sayang banyak lagi keje ni bang..nak sidai kain, nak masak air... nak gosok baju....ok dahh siap gosok baju, kena angkut plak semesin kain sbb esok nak balik kampung, kalo tak basuh arini alamatnya tau2 je lar...rasa cam tak larat nak angkat tapi kuatkan jugak, lepas sidai rasa penat yang amat sangat..kenapa ye??tengok hubby tak bangun lagi..laa sedih nya..kenapa ni..please la kalo hari2 macam ni cner..kesihatan ku semakin tak berapa okey....so buat aku hilang mood la camni....caner aku nak buat niii..aku risau kalau hari2 dia lambat pegi ofis, tapi aku tak terdaya la...takut pulak kalau hari2 aku berkeadaan macam ni, penat, letih....Ya Allah moga kau sentiasa pelihara kesihatan ku dan anak yang ku kandung ni amiiinn dan semoga suamiku memahami keadaan diriku ini amiin..amin Ya Rabbal Al-amin....

Tuesday, February 9, 2010

today n me....

adushhh...sakit bangat tulang belakang ku...macam nak patah jer..nak ngadu kat sape tak tau la. Kenap plak nak kena2 sakit macamni??? Dari malam tadi pulak tu..Dah sepanjang hari dok kat opis ni membosankan. Karenah manusia yang sentiasa merasakan dirinya terHEBAT.

1st month of pregnancy

tgk tajuk pon..da tau kan jawapan utk myentry yg lepas.Yupp!! my test pregnancy is positif..semalam (ahad 6/2/2010) my husband n me pegi check kat kilinik Pantai dalam so confirm hasilnya tetap positif..mesti pelik kenapa aku tekankan tetap positif sebab lepas yang result blur tempoh hari, hari sabtu masa tengah gotong royong kat rumah anak yatim, aku dapati ada sedikit bleeding. Masa tu rasa frust jer  test tu -ve, sebab ingatkan my period. Tapi dalam hati nekad untuk test sekali lagi esok pagi n bangun je pagi2 terus pegi toilet n cek, tp tak sampai berape saat, still kuar 2 line. Hepy, tapi dalam masa yagng sama confuse pasal bleeding semalam. Kejut abg dia cakap pregnant la tu nanti pergi klinik. So pegi klinik ingat nak buat ultrasound, tp dr perempuan takda, just cek UPT, n kire tarikh due. Skang aku dan pregnant 4 weeks. Due dijangka 14/10/2010. Harap2 la semua nya selamat n baby ni panjang umur ...

Friday, February 5, 2010

miss the 1 i love......

aku balik kampung..dah lama xbalik kampung. rindu sangat suasana dulu-dulu..Yang penuh dengan gelak ketawa, gurau senda..Entah kenapa 2, 3 hari ni asyik teringat kat kampung jer. Sampai rumah dah dengar riuh rendah suara orang bergurau senda..Syoknya.. Eh..mak pon ada..dah lama sangat tak jumpa mak ni..tanya khabar semua. Yelar melepaskan kerinduan yang dah lama terbendung ni. Borak-borak, gurau-gurau, cerita pengalaman mak. Cerita perkembangan aku kat mak. Khusyuk dengar mak cerita pasal mak. Aku cakap aku nak ikut mak, tapi mak tak benarkan, mak cakap sampai masa nanti baru boleh ikut, siap pesan buat baik-baik dulu kat sini, aku tanya seronok tak kat tempat mak, mak cakap seronok jugak, mak cerita lagi kat sane setiap ape yang mak buat silap mak kena rotan..aku tanya sakit tak..tak, mak jawab..haa aku angguk, macam faham jer, tap kenapa mak citer semua ni, takpe la dengar jer..aku tanya lama tak mak dok sane, mak cakap lama la..lama?? aku tak fahamla..tapi apa yang aku tau time borak2 seronok sangat.. Best sangat masa tu..sampai tertidor aku.. Sedar2 dah pukul 4.30 pagi..tengok suasana heningnya.. Pandang sebelah ..ehmm lena nya cik abang tidor..mana mak?????...astaghrfirullahAlAzziimm..aku mimpi rupanya jap td...sebab mak tak akan kembali sampai bila-bila pom...  tp org cakap org yg dah pegi kalo kite mimpikan dia, dia diam jer, tp kenapa aku faham je bila mimpikan mak tadi...takpe la tak kisah la pe2 pon, janji aku dapat jumpa mak walaupon dalam mimpi...semoga roh mak sentiasa dirahmati ALLAH, semoga mak sentiasa gembira kat sne..amiin..

Thursday, February 4, 2010

andaman qaseh: Maziati & Izhar Jengka 4

andaman qaseh: Maziati & Izhar Jengka 4

saat kejadian manusia

Facebook | Home

EP 2:honeymoon @ Pangkor Island

semalam penat nak menaip panjang lebar pasal road island.So hari ni nak continue lar. Lepas sewa skuter n bayar RM40.00 for full day, kami balik challet n mandi2, tido sekejap baru gerak. Dalam 4.30 kami memulakan perjalanan untuk aktiviti road island. Masa ni dengan selambanya kitorang tak pakai helmet..Sepanjang perjalanan naik bukit, turun bukit menyusuri tepian pantai sambil menikmati pemandangan indah kehijaun laut yang terbentang luas. Singgah sekejap dekat view point untuk snap pemandangan laut dari aras yang lebih tinggi, tak pasti plak berape ketinggian view point tu. Terus menuju ke Pasir Bogak pusing balik ke Jetti Pulau Pangkor..Sebenarnya kami nak mencari satu kilang yang menjual hasil laut. So terpaksa la redah jer sepanjang jalan.  Ronda-ronda tak sangka plak terserempak dengan tempat bersejarah iaitu Kota Belanda. So interested. Dapat la info sikit pasal sejarah dulu-dulu. Menarik sebenarnya sejarah ni. Ermmm..Why la dulu2 aku langsung tak minat this subjek.

Lebih kurang setengah jam lepak situ, meneruskan perjalanan kami ke next destinasi. Kali ni bertembung pula dengan tinggalan sejarah negeri perak iaitu Batu Bersurat. Tapi yang peliknya tang mana tulisannya kat batu tu takdalah pula kami jumpa. Cuma ada 2 biji batu yang besar di mana kedudukannya sebelah menyebelah. So untuk kepastian aku korek sejarahnya dari website :

"Terdapat lukisan seekor harimau sedang membaham seorang budak di Batu Bersurat ini, satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang-orang Belanda berhampiran Kota Belanda di Teluk Gedung.
Lukisan itu dipercayai mengandung sebuah cerita tragik, kononnya anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan seekor harimau. Oleh kerana kesedihan serta untuk memperingatinya maka peristiwa tersebut dipahatkan pada batu ini.
Tetapi menurut penduduk tempatan, kanak-kanak tersebut telah diculik oleh orang Melayu yang tidak suka penjajah Belanda bertapak di Negeri Perak. Orang Melayu dilambangkan sebagai harimau.
Turut terdapat pada batu tersebut ialah ukiran tulisan 1743 I.F. CRALO dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda.

Oo itulah sejarahnya..memang kami perasan tulisan-tulisan tu, tapi tak sangka la plak itu sejarahnya, sebab nampak biasa jer. Bergambar sekeping dua kat situ, sambung balik perjalanan. Nampak gerai ABC abang punya faberet apalagi terus la dia tongkat moto. Aku order mi kari sama ABC n air sirap. Tak faham..kenapa la selera makan aku sekarang melampau2 lebih pada abang. selamba dia perli aku pasal tu, but aku buat pekak je. Peduli janji aku dapat makan. Masa tu kami hepi sangat macam nak stay kat sini lama-lama sebab tenang betol kampung tu. Dah la tepi laut, pastu orang kat situ agak friendly. Dah siap makan harga bapak la murah: 2 ABC+mi kari+air sirap=RM 5.00. Kalau kat KL mau capai RM10.00 ni. Teruskan lgi perjalanan sebab kilng makanan tu belum ditemui, keluar balik Teluk Gedung, tuju hala ke jetty. Kat sini dah start nak masuk perkampungan cina. Turun bukit naik bukit akhirnya sampai gak kat kilang tu. Murah gak la sebab terus keluar dari kilang. Abang borong makanan habis dekat RM100++. Buah tangan untuk famili n kengkawan opis. Selalu ingatkan dia, kita naik moto ni..hahaha takut tak terbawak nanti semua tu. Dah siap memborong teruskan perjalanan. Perjalanan kali ni agak mencabar dan menggerunkan . Ye lar terpaksa menuruni bukit dengan 14, 16 percen kecerunan. Mengikut cerita pakcik kat abang sebelum kami road island, kami perlu berhati-hati sewaktu melalui cerun ni sebab pernah ada kes eksiden sehingga maut..erm bahaya kan. Dah turun bukit, naik bukit , melalui pelbagai kampung, maka selesailah kami meronda satu pulau pada petang tu. Sampai challet, download semua gambar2 yang disnap sepanjang 2 hari ni ke dalam laptop dah settle siap2 untuk candle light dinner pulak. Part ni tetibe plak aku rasa angin jer.. mula-mula abang singgah kat restaurant tepi laut yg kitorang lunch tadi, tetibe tukar plak pergi restaurant sebelah. ishh aku baru berangan nak makan mi bandung, dah kecur liur aku ni.. tapi abang cakap ..la kan nak candle light dinner tak sesuai la makan mi bandung..erm pullakkk..So untuk candle light dinner punya pasal kami order la makanan special sket malam tu..ehm sedap jugak..lepak2, borak2 sambil mata ni dok perhati mat2 beach boys (melayu) n minah saleh kat sebelah ni yang selambe minum arak. Ni la kebebasan dok kat pulau macam ni. Orang-orang melayu kite selamba je minum "minuman" yang tak halal tu. Dah penat cuci mata, perut dah kenyang kami kembali ke challet.  

 Hari ke-3

  Hari ni awal2 pagi dah turun ke pantai. Belum breakfast pun.mula2 kami wat aktiviti snorkeling.Seperti biasa sewa boat and peralatan terus ke pulau seberang skitar kul 9 pagi , kami mintak beach boy jemput semula jam 10.30 pg.  Masa tengah cari2 port nak letak barang, ntah macamne abang tersalah langkah, terpijak lumut, so terjelepuk jatuh atas batu2 karang yang melekat kat batu sekitar pantai tu. Kcian, abih berdarah kaki dia n sampi hari ni still bengkak. takpelah bang kan, kenangan dari Pangkor.
Ermm.. kali ni aku dah agak pandai bersnokeling. Tapi still takut2 lagi. Dalam 9.30 pg aku dah naik darat sebab terasa cam loya jer tekak, pening2, mungkin sebab tak biasa berkeadaan macam tu. Bila dah naik malas pulak nak turun, biarkan abang sorang2 snorkeling sambil2 tu ambil kesempatan snap gamba dia n port2 yang menarik kat sekitar tu. Lebih kurang jam 10.30 kami bergerak semula ke pantai. . Aku kena paksa teman abang main jetski. Layan jelar sebab nampak dia dah confident untuk control benda alah tu, so aku yakin la ngan dia kali ni. Start snap gambar untuk kenang-kenangan. Macam biasa la. Erm kali ni bile dah membonceng abang , dah sampai kat tengah2 laut memang betol2 tak rasa kecut macam first2 naik dulu. Kali ni baru beto2 feel. Seronok rupenya. Dapat hirup udara laut walaupum agak hanyir tapi puas sangat. Oooh menakjubkan..Subhanallah betapa besarnya kuasa ALLAH kan..bila lihat hasil Ciptaan-Nya yang Maha luas ni terbentang kat depan mata, terasa betapa kerdilnya diri ni..laut ni bagaikan tiada penghujungkan...dah habis 20 min menongkah arus laut, kami kembali semula ke pantai, pergh masa tak setimpal dengan harga..n masa jugak mencumburui kami sebab ni adalah jam2 terakhir kami di sini..tinggalah Pangkor..akan kami abadikan kenangan manis ni sampai bila-bila..


Balik challet kemas2 barang semua, bersiap2 , serah kunci n sewa teksi untuk kembali ke Jetty Pangkor. Tepat 2.30ptg sampi ke Pekan Lumut. Shopping2 cenderamata as a memory and memulakan perjalanan balik ke KL. Dalam 8.30 samapi umah..Yeay sebab sampai awal, sempat masak2...and jeng...jeng..jeng..checked pregnant dgn UPT dgn perasaan yg sangat berdebar2..n hasilnya satu line terang satu line sangat kabur..last2 aku yang blur +ve ke -ve ni...ahhhhhhhhh confuse..takpelar nexwix check balik biar beto2 confirm.. haha babai .. see 4 the next post....kite tunggu ape hasilnya..+ve, -ve...+ve, -ve...+ve, -ve......dug dag..dug dag......










































 

Wednesday, February 3, 2010

honeymoon @ Pangkor Island

emmhh..honeymoon...sempena cuti umum hr wilayah yg jatuh pd isnin, so dpt cuti dlm 3 hari la..every week asyik memerap  dlm umah je..ko pandang muka aku, aku pandang muka ko..gaduh baik, gaduh lagi baik plak...sbb x g jalan mana2..so ambil peluang cuti 3 hari ni kami plan la pegi honeymoon ke Pangkor..booked challet siap2, nipah waterfront kat Nipah Bay. Pangkor.. 3 hari 2 mlm = rm270.00..ok la.. bergerak ke sana after office hour, sebelum ke sana sempat lagi singgah tgk world cup exhibition..Wow so exited..dpt bergambar ngn WORLD CUP yg original tu ...best sangat..haha..pdhal bukannya minat pon game ni tp lebih kepada teruja..dalam pukul 10, baru kami meneruskan perjalanan ke  Jeti Lumut berpandukan Garmin sebagai penunjuk arah.Macam biasala dok sebelah driver tersengguk-sengguk sampai kene bebel2. lebih kurang kul 3 macam tu la tiba kat pekan Lumut..rilex2 sementara menunggu pagi..


HARI PERTAMA (30 Jan 2010)
Lepas sembahyang subuh kat masjid yang terdekat tu, kami terus ke pejabat En. Nathan, tuan yg menguruskan tempat penginapan kami..selepas selesai pembayaran , beli tiket feri semua, kami pon bergerak ke jeti untuk menaiki feri yang telah pon tersedia setiap 15 minit sekali untuk ke Pulau Pangkor. Excited giler la jap sbb 1st time naik ferri.Berposing sakan lantak lar org nk ckp ape...haha..janji kami bahagia..kan bang... Subhanallah memang indah sangat Ciptaan ALLAH...laut luas saujana mata memandang..Ferri singgah 2 station tp kami turun kat station yg ke-2 ,lebih kurang 20 min kami sampai ke Jeti Pulau Pangkor.. terus sewa teksi 20 mint kemudian sampai challet, betol2 berhadapan ngn laut..jam baru pukul 11.00am, so ada 3 jam lagi untuk check-in. Pelagi untuk melepaskan kebosanan snap gamba, posing sane posing sini..

JETSKI, SNORKELING, JALAN-JALAN
Pukul 3 terus keluar, taknak buang masa la katakan..makan jap terus turun laut..Cik Abang nk try main jetski plak..adush aku ni da la penakut tapi layan ajelar...sewa rm 70.00 dalam masa 20 min..1st time membonceng aduss macam nk tercabut nyawa, maklum ler driver still amatur..dalam hati tobat da aku tak naik lepas ni....20 min ibarat 2 hari..haha..

Lepas tu pegi snorkeling plak..(sewa rm 15 seorang) ..memula naik bot nak pergi ke pulau yang dikhaskan untuk snorkeling tu..round2 pulau , snap gamba batu bentuk ikan paus n boyo (bahasa peghak). so amazing gak..  walaupun aku tak pandai nk snorkeling tapi time bergamba amboi kemain la..pelik aku ni, padahal bukannya tak pakai life jacket..tapi penakut amat..sabar ajo..lebih kurang 6.30pm kami bergerak balik..

jenjalan jap tepi pantai pastu balik chalet, mandi semua ...dalam pukul tujuh lebih mata aku terlelap..sedar2 dah pagi..haha termissed dinner kami..takpela sekurangnya-kurangya kami tak terlalu penat untuk next aktiviti..

HARI KE-2 (31 Jan 2010)
~JETSKI LAGI....
bangun pagi ..mandi, breakfast nasi lemak n terus merayau nk sewa moto tapi malangnya tak dapat. So, terus turun laut..cik Abang gian nak main jetski lagi..hehe..tapi minta maaf ye abang kali ni sayang tak leh nak teman..seriau la bang..takpe lar abang main sensorang ye, biar sayang jadi camerawoman.lalalala........1..2..3.....r u ready ...1...2..3..clik...clik..clik.....ermmhhh...amik ko...start dari discuss dengan beach boy sampai ke tengah laut , sehingga kembali semula ke pantai aku snap gamba dia...erm..puasss????..tapi kan , ade insiden kelaka n sedih plak, tgh2 menunnggu cik abg main tu, aku snap la gamba sekor kepah ni tgh main2 dalam air..ishh ..tak sangka tgh zoomm zooom to tetibe jer dia gi sembur pasir kat camera aku..cis abih lens camera blur..tak boleh nak tutup lagi..sabar je la...nakal tol si kepah tu..nasib baik ko comel kan..lepas tu tak tau apa dah jadi ngan camera aku sebab terus simpan n sampai sekarang ni belom cek status nya..harap2 ok la..

 ~JALAN LAGI...
lepas cik abang selesai main jetski kitorang menyusuri persisiran pantai, meredah pasir yang diseliputi timun2 laut dan batu2 karang yang berwarna warni untuk ke pulau sebelah..sebab nampak cantik sangat pasir kat pulau sebelah ..memutih jer...penat gak la berjalan tengah panas camtu..samapi je terus baring kat batu ..nyaman giler rasa..rehat2 kejap, bile perasan air dah makin pasang kitorang gerak ke seberang semula..perut dah lapar , kebetulan plak sampai je hujung pantai ada kedai makan betol tepi pantai syoknyer lar...makan sotong pedas n ikan stim..aikan tu bapak la besnya..kecur selera aku..makan memang lama giler sebb amik kesempatan nak hirup udara pantai..balik challet n dapat sewa skuter..Yeay! yeay! lepas ni leh road island ngan hubby..

.................................................TO BE CONTINUE..................................................................