Friday, July 30, 2010

nak jalan-jalan

petang ni balik lambat esok cuti. plan ngn myhubby nak pergi jalan TAR. Plan je la. Jadi or tak tengok esok. sebenarnya dah lama tak merewang ke sana. sebelum kawin seingat aku la. lepas tu stop sampai sekarang. perghh lama tol. nak cari sikit barang2 untuk umah baru ni. nanti kalau dah pose memang tak larat nak menapak. teringat dulu2 punya citer. last pegi shopping dengan hubby time nak sambut raya 2008. shopping baju raya but masa tu belum kawin. konon2 nak sedondon la. so dalam banyak2 color tu hitam jadi pilihan kami. hubby cakap berkabung. nak dijadikan citer 25 syawal tu jugak my mother pergi selamanya. tu la nak sangat berkabung kan. sayang pulak baju tu mahal tapi sampai sekarang tak pernah pun pakai. haha sampai dah tercabut labuci dia. biarka simpan buat kenangan. ada masa sesuai baru boleh sarung.

tapi tahun ni punya baju raya ape yek??? ermmmm......
~

~

~


~


~
~
~
~


ooowhhh.confuse!!!!!!!! semua tak sesuaiii........nak pakai baju pe ni....?????? takper nnti pikir..

Wednesday, July 28, 2010

bulan puasa dah nak dekat..

2, 3 menjak ni so bored sangat2 aku rasa. ish dah lama tak balik kampung. nak tunggu puasa ni kot baru balik. dolu2 time bujang hari first puasa sanggup cuti coz nak celebrate 1st day kat umah. time tu arwah mak masih ada la. erm seronok. macam2 mak buat. tapi kadang tu aku selalu ngelat. hehe almaklumlah aku ni pemalas sikit orangnya. lagi2 time nak gentel kuih. bab2 ni serah ke my sister. dia amat ler rajin. syoknya makan ramai2. tak kisah kena hidang 2 3 hidang yang penting time tu sangat meriah. puasa tahun ni dah jadi suri rumah. so kena rajin ler. dah pasang niat awal2 nak masak untuk berbuka n sahur. but time berbuka tu sure nak tapau jugak lauk kat pasar ramadhan tu. tapi kalau sahur tu confirm la kena masak. harap2 aku still larat nak uruskan sume tu. time ni dah nak masuk 8 bulan pregnant. mintak2 aku dapat puasa penuh.

antara kuih feveret aku time bulan pose is puding gula hangus. hubby pun suka benda ni.


so i kena la belajar cara2 camner nak hasilkan feveret kitorang ni. selalu gak tengok resipi dia but tak pernah nak cuba.

resipi puding gula hangus:

gula - 1 cwn gula pasir, sedikit air
puding :
1 tin susu cair
1/2 gula pasir
4 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
sedikir esen vanilla

cara2:
pukul telur sampai kembang, then campur semua bahan tadi.
masukkan campuran ke dalam gula hangus n kukus.
senang jer.
~so untuk aku selamat mencoba~


Tuesday, July 27, 2010

citer keinsafan..

aku suka rayau2 blog orang. hari ni terajin sikit coz bigboss p meeting n malaih nak mengadap kerja2 aku so terbaca la satu blog yang agak menyayat hati. pasal parents yang kehilangan puteri yang mengidap penyakit

Friday, July 16, 2010

makanan semasa berpantang

makanan semasa berpantang

Jamu

Kebanyakan ibu-ibu lepas bersalin mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali seperti sediakala. Bagaimanapun, sebaiknya anda tidak mengambil jamu pada peringkat awal kerana kandungan bahan di dalamnya boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan. Makanlah selepas 2 minggu lepas bersalin serta dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambilnya.

Ulam-UlamanAnda disyorkan makan lebih banyak ulaman dan sayuran yang sesuai untuk ibu dalam pantang, tetapi elakkan makan petai, jering atau apa sahaja ulaman yang menerbitkan bau yang busuk.

Rempah Ratus
Dipercayai makanan yang dimasak dengan menggunakan pelbagai jenis rempah ratus dapat mengurangkan masalah berat badan yang dialami selain memulihkan tahap kesihatan.

Halia Muda
Sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang mengandungi banyak halia, ia dapat memecahkan angin dalam badan, menghilangkan rasa sejuk dan melancarkan proses penghadaman.

Kunyit
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu oleh ibu berpantang dipercayai dapat mengecutkan rahim dan mencuci darah. Bahkan jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka.

Bawang Putih
Bawang putih bukan sahaja berfungi sebagai penyedap makanan, bahkan mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang ketika bersalin. Bahkan ia juga dipercayai mampu membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

Pegaga
Ulam ini cukup terkenal di kalangan ibu berpantang. Daun pegaga disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya membantu menambahkan ingatan dan merehatkan minda serta tubuh badan. Malah ia dapat mengatasi masalah yang dialami selepas bersalin.

Sawi
Di kalangan masyarakat India, sawi menjadi keutamaan ketika berpantang. Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin dalam tubuh badan. Selalunya, sayur ini dimasak dengan cara mencelur terlebih dahulu dan dimakan bersama hidangan nasi panas.

Peria
Amalan memakan peria ketika berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar. Ia jugadapat menambahkan penghasilan susu ibu selain membersihkan dan melancarkan peredaran darah.

Ikan Haruan & Tenggiri
Untuk mengekalkan kesegaran tubuh, kebanyakan ibu berpantang akan mengamalkan pemakanan ikan haruan dan ikan tenggiri. Selain membantu melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia dapat menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ikan haruan dan tenggiri mempunyai kandungan asid amino dan lemak. Apa yang lebih menarik, kedua-dua ikan ini bebas kolesterol yang membuatkan wajah kelihatan berseri-seri.
Asam Jawa
Campuran perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang dapat memudahkan anda membuang air besar selain menyegarkan tubuh badan.

Nasi
Seelok-eloknya, nasi yang dihidangkan mestilah panas dan baru sahaja dimasak. Tujuannya adalah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Untuk mengelakkan kembung perut, elakkan daripada memakan nasi putih yang telah sejuk.
Minuman Berkhasiat
Ingin mengembalikan semula tenaga tubuh yang hilang ketika proses bersalin, anda digalakkan untuk meminum air rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan mengamalkan air rebusan ini pada setiap pagi dan malam, badan akan kembali menjadi ringan dan bertambah tenaga.

Ayam & Daging
Ayam dan daging adalah sumber protein haiwan yang penting untuk membantu memulihkan tenaga ibu selepasbersalin. Cara memasak seperti memanggang atau merebus dapat mengurangan kandungan lemak.Ibu perlu minum banyak air untuk memastikan susu ibu keluar dengan banyak.

Wednesday, July 7, 2010

kemas umah baru...

semalam sgt penat coz tolong hubby  ngemas rumah sewa baru. maklumler nak beli umah baru seniri lum mampu, so far sewa la dulu. kat apartment tulin, jln klang lama, KL. rumah ni betul2 mengadap sungai Klang, sungai yang misahkan KL and selangor. adik aku pun turut ringankan beban kami utk menolong mana patut. aku tak buat kerja sangat sebab tak larat, just mop2 sikit je. sampai pukul 1.30 am diorang buat kerja n then sambung lepak kedai mamak kat bawah tengok FIFA Uruguay VS Belanda. aku- lepak dlm kereta. balik rumah pukul 4.30 pagi. sangat ngantuk so terlewat sikit bangun pergi kerja.


rumah ku tingkat 13 - atas sekali tuh..



sukenya...

sukenya sebab berjaya buat sumtin yg dah lama aku nk try .dan akhirnya berjaya gak..hehe..

Sunday, July 4, 2010

cuti hari ahad......

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIIM...SALAM.....hai udah lama tidak memblogging....pegnt pun dah masuk 6 months lebih....xmood...hehe...muke pon dah sememeh lerr....




but suka bc blog orang je terutama blog yg byk resipi. semalam bngun lewat nak wat kerje pun xberapa nak larat sebab kepala penin, sakit2 belakang, kaki bengkak sikit. so tak ikut hubby pegi kedai satay. nak rehat2kan badan. bngun tadi rasa segar n semangat nak buat kerja rumah. memula masak utk lunch, sebenarnya nasi n masak lemak telur itik dah buat pukul 2 mlm td sebab kcian kat hubby lunch semalam takder, tak larat nk ngadap dapur. buatkan mlm td so blik dia boleh mkn tp tak mkn jugak coz aku ngantuk sgt nk hidang. so lunch ni just tambah sayur n ikan masin sikit. lauk lain takde malas nk turun bwh beli. abihkan apa yang ada kat dalam peti dulu ler.

dah siap lunch ngan hubby, lepas ni kene dok sorang2 hubby p buatkeje luar jap, petang br blik.  plan nak kemas barang...yeay tak sabar nak pindah rumah...sambil layan JJCM, melodi kemas skit2 kang semput plak cam haritu kalo buat banyak2. seronoknye nk pindah coz dah tak mampu nak mendaki tangga naik umah skang. lagi satu umah ni agak sempit, cian baby nnti. umah baru ni ada lift but mahal skit dari umah skang. ok la yang penting selesa la harap2. petang ni p ambil kunci.