Tuesday, February 23, 2010

renungan

10 sifat calon suami yang baik :))
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Thursday, February 11, 2010

pagi2 yang memenatkan..

hari ni bangun jer pagi rs xsedap sangat badan..nak wat cner kena jugak bangun..dah siap mandi, solat kejut hubby..knp la liat sgt nak bangun...cepat lar bangun sayang banyak lagi keje ni bang..nak sidai kain, nak masak air... nak gosok baju....ok dahh siap gosok baju, kena angkut plak semesin kain sbb esok nak balik kampung, kalo tak basuh arini alamatnya tau2 je lar...rasa cam tak larat nak angkat tapi kuatkan jugak, lepas sidai rasa penat yang amat sangat..kenapa ye??tengok hubby tak bangun lagi..laa sedih nya..kenapa ni..please la kalo hari2 macam ni cner..kesihatan ku semakin tak berapa okey....so buat aku hilang mood la camni....caner aku nak buat niii..aku risau kalau hari2 dia lambat pegi ofis, tapi aku tak terdaya la...takut pulak kalau hari2 aku berkeadaan macam ni, penat, letih....Ya Allah moga kau sentiasa pelihara kesihatan ku dan anak yang ku kandung ni amiiinn dan semoga suamiku memahami keadaan diriku ini amiin..amin Ya Rabbal Al-amin....

Tuesday, February 9, 2010

today n me....

adushhh...sakit bangat tulang belakang ku...macam nak patah jer..nak ngadu kat sape tak tau la. Kenap plak nak kena2 sakit macamni??? Dari malam tadi pulak tu..Dah sepanjang hari dok kat opis ni membosankan. Karenah manusia yang sentiasa merasakan dirinya terHEBAT.

1st month of pregnancy

tgk tajuk pon..da tau kan jawapan utk myentry yg lepas.Yupp!! my test pregnancy is positif..semalam (ahad 6/2/2010) my husband n me pegi check kat kilinik Pantai dalam so confirm hasilnya tetap positif..mesti pelik kenapa aku tekankan tetap positif sebab lepas yang result blur tempoh hari, hari sabtu masa tengah gotong royong kat rumah anak yatim, aku dapati ada sedikit bleeding. Masa tu rasa frust jer  test tu -ve, sebab ingatkan my period. Tapi dalam hati nekad untuk test sekali lagi esok pagi n bangun je pagi2 terus pegi toilet n cek, tp tak sampai berape saat, still kuar 2 line. Hepy, tapi dalam masa yagng sama confuse pasal bleeding semalam. Kejut abg dia cakap pregnant la tu nanti pergi klinik. So pegi klinik ingat nak buat ultrasound, tp dr perempuan takda, just cek UPT, n kire tarikh due. Skang aku dan pregnant 4 weeks. Due dijangka 14/10/2010. Harap2 la semua nya selamat n baby ni panjang umur ...

Friday, February 5, 2010

miss the 1 i love......

aku balik kampung..dah lama xbalik kampung. rindu sangat suasana dulu-dulu..Yang penuh dengan gelak ketawa, gurau senda..Entah kenapa 2, 3 hari ni asyik teringat kat kampung jer. Sampai rumah dah dengar riuh rendah suara orang bergurau senda..Syoknya.. Eh..mak pon ada..dah lama sangat tak jumpa mak ni..tanya khabar semua. Yelar melepaskan kerinduan yang dah lama terbendung ni. Borak-borak, gurau-gurau, cerita pengalaman mak. Cerita perkembangan aku kat mak. Khusyuk dengar mak cerita pasal mak. Aku cakap aku nak ikut mak, tapi mak tak benarkan, mak cakap sampai masa nanti baru boleh ikut, siap pesan buat baik-baik dulu kat sini, aku tanya seronok tak kat tempat mak, mak cakap seronok jugak, mak cerita lagi kat sane setiap ape yang mak buat silap mak kena rotan..aku tanya sakit tak..tak, mak jawab..haa aku angguk, macam faham jer, tap kenapa mak citer semua ni, takpe la dengar jer..aku tanya lama tak mak dok sane, mak cakap lama la..lama?? aku tak fahamla..tapi apa yang aku tau time borak2 seronok sangat.. Best sangat masa tu..sampai tertidor aku.. Sedar2 dah pukul 4.30 pagi..tengok suasana heningnya.. Pandang sebelah ..ehmm lena nya cik abang tidor..mana mak?????...astaghrfirullahAlAzziimm..aku mimpi rupanya jap td...sebab mak tak akan kembali sampai bila-bila pom...  tp org cakap org yg dah pegi kalo kite mimpikan dia, dia diam jer, tp kenapa aku faham je bila mimpikan mak tadi...takpe la tak kisah la pe2 pon, janji aku dapat jumpa mak walaupon dalam mimpi...semoga roh mak sentiasa dirahmati ALLAH, semoga mak sentiasa gembira kat sne..amiin..

Thursday, February 4, 2010

andaman qaseh: Maziati & Izhar Jengka 4

andaman qaseh: Maziati & Izhar Jengka 4

saat kejadian manusia

Facebook | Home

EP 2:honeymoon @ Pangkor Island

semalam penat nak menaip panjang lebar pasal road island.So hari ni nak continue lar. Lepas sewa skuter n bayar RM40.00 for full day, kami balik challet n mandi2, tido sekejap baru gerak. Dalam 4.30 kami memulakan perjalanan untuk aktiviti road island. Masa ni dengan selambanya kitorang tak pakai helmet..Sepanjang perjalanan naik bukit, turun bukit menyusuri tepian pantai sambil menikmati pemandangan indah kehijaun laut yang terbentang luas. Singgah sekejap dekat view point untuk snap pemandangan laut dari aras yang lebih tinggi, tak pasti plak berape ketinggian view point tu. Terus menuju ke Pasir Bogak pusing balik ke Jetti Pulau Pangkor..Sebenarnya kami nak mencari satu kilang yang menjual hasil laut. So terpaksa la redah jer sepanjang jalan.  Ronda-ronda tak sangka plak terserempak dengan tempat bersejarah iaitu Kota Belanda. So interested. Dapat la info sikit pasal sejarah dulu-dulu. Menarik sebenarnya sejarah ni. Ermmm..Why la dulu2 aku langsung tak minat this subjek.

Lebih kurang setengah jam lepak situ, meneruskan perjalanan kami ke next destinasi. Kali ni bertembung pula dengan tinggalan sejarah negeri perak iaitu Batu Bersurat. Tapi yang peliknya tang mana tulisannya kat batu tu takdalah pula kami jumpa. Cuma ada 2 biji batu yang besar di mana kedudukannya sebelah menyebelah. So untuk kepastian aku korek sejarahnya dari website :

"Terdapat lukisan seekor harimau sedang membaham seorang budak di Batu Bersurat ini, satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang-orang Belanda berhampiran Kota Belanda di Teluk Gedung.
Lukisan itu dipercayai mengandung sebuah cerita tragik, kononnya anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan seekor harimau. Oleh kerana kesedihan serta untuk memperingatinya maka peristiwa tersebut dipahatkan pada batu ini.
Tetapi menurut penduduk tempatan, kanak-kanak tersebut telah diculik oleh orang Melayu yang tidak suka penjajah Belanda bertapak di Negeri Perak. Orang Melayu dilambangkan sebagai harimau.
Turut terdapat pada batu tersebut ialah ukiran tulisan 1743 I.F. CRALO dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda.

Oo itulah sejarahnya..memang kami perasan tulisan-tulisan tu, tapi tak sangka la plak itu sejarahnya, sebab nampak biasa jer. Bergambar sekeping dua kat situ, sambung balik perjalanan. Nampak gerai ABC abang punya faberet apalagi terus la dia tongkat moto. Aku order mi kari sama ABC n air sirap. Tak faham..kenapa la selera makan aku sekarang melampau2 lebih pada abang. selamba dia perli aku pasal tu, but aku buat pekak je. Peduli janji aku dapat makan. Masa tu kami hepi sangat macam nak stay kat sini lama-lama sebab tenang betol kampung tu. Dah la tepi laut, pastu orang kat situ agak friendly. Dah siap makan harga bapak la murah: 2 ABC+mi kari+air sirap=RM 5.00. Kalau kat KL mau capai RM10.00 ni. Teruskan lgi perjalanan sebab kilng makanan tu belum ditemui, keluar balik Teluk Gedung, tuju hala ke jetty. Kat sini dah start nak masuk perkampungan cina. Turun bukit naik bukit akhirnya sampai gak kat kilang tu. Murah gak la sebab terus keluar dari kilang. Abang borong makanan habis dekat RM100++. Buah tangan untuk famili n kengkawan opis. Selalu ingatkan dia, kita naik moto ni..hahaha takut tak terbawak nanti semua tu. Dah siap memborong teruskan perjalanan. Perjalanan kali ni agak mencabar dan menggerunkan . Ye lar terpaksa menuruni bukit dengan 14, 16 percen kecerunan. Mengikut cerita pakcik kat abang sebelum kami road island, kami perlu berhati-hati sewaktu melalui cerun ni sebab pernah ada kes eksiden sehingga maut..erm bahaya kan. Dah turun bukit, naik bukit , melalui pelbagai kampung, maka selesailah kami meronda satu pulau pada petang tu. Sampai challet, download semua gambar2 yang disnap sepanjang 2 hari ni ke dalam laptop dah settle siap2 untuk candle light dinner pulak. Part ni tetibe plak aku rasa angin jer.. mula-mula abang singgah kat restaurant tepi laut yg kitorang lunch tadi, tetibe tukar plak pergi restaurant sebelah. ishh aku baru berangan nak makan mi bandung, dah kecur liur aku ni.. tapi abang cakap ..la kan nak candle light dinner tak sesuai la makan mi bandung..erm pullakkk..So untuk candle light dinner punya pasal kami order la makanan special sket malam tu..ehm sedap jugak..lepak2, borak2 sambil mata ni dok perhati mat2 beach boys (melayu) n minah saleh kat sebelah ni yang selambe minum arak. Ni la kebebasan dok kat pulau macam ni. Orang-orang melayu kite selamba je minum "minuman" yang tak halal tu. Dah penat cuci mata, perut dah kenyang kami kembali ke challet.  

 Hari ke-3

  Hari ni awal2 pagi dah turun ke pantai. Belum breakfast pun.mula2 kami wat aktiviti snorkeling.Seperti biasa sewa boat and peralatan terus ke pulau seberang skitar kul 9 pagi , kami mintak beach boy jemput semula jam 10.30 pg.  Masa tengah cari2 port nak letak barang, ntah macamne abang tersalah langkah, terpijak lumut, so terjelepuk jatuh atas batu2 karang yang melekat kat batu sekitar pantai tu. Kcian, abih berdarah kaki dia n sampi hari ni still bengkak. takpelah bang kan, kenangan dari Pangkor.
Ermm.. kali ni aku dah agak pandai bersnokeling. Tapi still takut2 lagi. Dalam 9.30 pg aku dah naik darat sebab terasa cam loya jer tekak, pening2, mungkin sebab tak biasa berkeadaan macam tu. Bila dah naik malas pulak nak turun, biarkan abang sorang2 snorkeling sambil2 tu ambil kesempatan snap gamba dia n port2 yang menarik kat sekitar tu. Lebih kurang jam 10.30 kami bergerak semula ke pantai. . Aku kena paksa teman abang main jetski. Layan jelar sebab nampak dia dah confident untuk control benda alah tu, so aku yakin la ngan dia kali ni. Start snap gambar untuk kenang-kenangan. Macam biasa la. Erm kali ni bile dah membonceng abang , dah sampai kat tengah2 laut memang betol2 tak rasa kecut macam first2 naik dulu. Kali ni baru beto2 feel. Seronok rupenya. Dapat hirup udara laut walaupum agak hanyir tapi puas sangat. Oooh menakjubkan..Subhanallah betapa besarnya kuasa ALLAH kan..bila lihat hasil Ciptaan-Nya yang Maha luas ni terbentang kat depan mata, terasa betapa kerdilnya diri ni..laut ni bagaikan tiada penghujungkan...dah habis 20 min menongkah arus laut, kami kembali semula ke pantai, pergh masa tak setimpal dengan harga..n masa jugak mencumburui kami sebab ni adalah jam2 terakhir kami di sini..tinggalah Pangkor..akan kami abadikan kenangan manis ni sampai bila-bila..


Balik challet kemas2 barang semua, bersiap2 , serah kunci n sewa teksi untuk kembali ke Jetty Pangkor. Tepat 2.30ptg sampi ke Pekan Lumut. Shopping2 cenderamata as a memory and memulakan perjalanan balik ke KL. Dalam 8.30 samapi umah..Yeay sebab sampai awal, sempat masak2...and jeng...jeng..jeng..checked pregnant dgn UPT dgn perasaan yg sangat berdebar2..n hasilnya satu line terang satu line sangat kabur..last2 aku yang blur +ve ke -ve ni...ahhhhhhhhh confuse..takpelar nexwix check balik biar beto2 confirm.. haha babai .. see 4 the next post....kite tunggu ape hasilnya..+ve, -ve...+ve, -ve...+ve, -ve......dug dag..dug dag......










































 

Wednesday, February 3, 2010

honeymoon @ Pangkor Island

emmhh..honeymoon...sempena cuti umum hr wilayah yg jatuh pd isnin, so dpt cuti dlm 3 hari la..every week asyik memerap  dlm umah je..ko pandang muka aku, aku pandang muka ko..gaduh baik, gaduh lagi baik plak...sbb x g jalan mana2..so ambil peluang cuti 3 hari ni kami plan la pegi honeymoon ke Pangkor..booked challet siap2, nipah waterfront kat Nipah Bay. Pangkor.. 3 hari 2 mlm = rm270.00..ok la.. bergerak ke sana after office hour, sebelum ke sana sempat lagi singgah tgk world cup exhibition..Wow so exited..dpt bergambar ngn WORLD CUP yg original tu ...best sangat..haha..pdhal bukannya minat pon game ni tp lebih kepada teruja..dalam pukul 10, baru kami meneruskan perjalanan ke  Jeti Lumut berpandukan Garmin sebagai penunjuk arah.Macam biasala dok sebelah driver tersengguk-sengguk sampai kene bebel2. lebih kurang kul 3 macam tu la tiba kat pekan Lumut..rilex2 sementara menunggu pagi..


HARI PERTAMA (30 Jan 2010)
Lepas sembahyang subuh kat masjid yang terdekat tu, kami terus ke pejabat En. Nathan, tuan yg menguruskan tempat penginapan kami..selepas selesai pembayaran , beli tiket feri semua, kami pon bergerak ke jeti untuk menaiki feri yang telah pon tersedia setiap 15 minit sekali untuk ke Pulau Pangkor. Excited giler la jap sbb 1st time naik ferri.Berposing sakan lantak lar org nk ckp ape...haha..janji kami bahagia..kan bang... Subhanallah memang indah sangat Ciptaan ALLAH...laut luas saujana mata memandang..Ferri singgah 2 station tp kami turun kat station yg ke-2 ,lebih kurang 20 min kami sampai ke Jeti Pulau Pangkor.. terus sewa teksi 20 mint kemudian sampai challet, betol2 berhadapan ngn laut..jam baru pukul 11.00am, so ada 3 jam lagi untuk check-in. Pelagi untuk melepaskan kebosanan snap gamba, posing sane posing sini..

JETSKI, SNORKELING, JALAN-JALAN
Pukul 3 terus keluar, taknak buang masa la katakan..makan jap terus turun laut..Cik Abang nk try main jetski plak..adush aku ni da la penakut tapi layan ajelar...sewa rm 70.00 dalam masa 20 min..1st time membonceng aduss macam nk tercabut nyawa, maklum ler driver still amatur..dalam hati tobat da aku tak naik lepas ni....20 min ibarat 2 hari..haha..

Lepas tu pegi snorkeling plak..(sewa rm 15 seorang) ..memula naik bot nak pergi ke pulau yang dikhaskan untuk snorkeling tu..round2 pulau , snap gamba batu bentuk ikan paus n boyo (bahasa peghak). so amazing gak..  walaupun aku tak pandai nk snorkeling tapi time bergamba amboi kemain la..pelik aku ni, padahal bukannya tak pakai life jacket..tapi penakut amat..sabar ajo..lebih kurang 6.30pm kami bergerak balik..

jenjalan jap tepi pantai pastu balik chalet, mandi semua ...dalam pukul tujuh lebih mata aku terlelap..sedar2 dah pagi..haha termissed dinner kami..takpela sekurangnya-kurangya kami tak terlalu penat untuk next aktiviti..

HARI KE-2 (31 Jan 2010)
~JETSKI LAGI....
bangun pagi ..mandi, breakfast nasi lemak n terus merayau nk sewa moto tapi malangnya tak dapat. So, terus turun laut..cik Abang gian nak main jetski lagi..hehe..tapi minta maaf ye abang kali ni sayang tak leh nak teman..seriau la bang..takpe lar abang main sensorang ye, biar sayang jadi camerawoman.lalalala........1..2..3.....r u ready ...1...2..3..clik...clik..clik.....ermmhhh...amik ko...start dari discuss dengan beach boy sampai ke tengah laut , sehingga kembali semula ke pantai aku snap gamba dia...erm..puasss????..tapi kan , ade insiden kelaka n sedih plak, tgh2 menunnggu cik abg main tu, aku snap la gamba sekor kepah ni tgh main2 dalam air..ishh ..tak sangka tgh zoomm zooom to tetibe jer dia gi sembur pasir kat camera aku..cis abih lens camera blur..tak boleh nak tutup lagi..sabar je la...nakal tol si kepah tu..nasib baik ko comel kan..lepas tu tak tau apa dah jadi ngan camera aku sebab terus simpan n sampai sekarang ni belom cek status nya..harap2 ok la..

 ~JALAN LAGI...
lepas cik abang selesai main jetski kitorang menyusuri persisiran pantai, meredah pasir yang diseliputi timun2 laut dan batu2 karang yang berwarna warni untuk ke pulau sebelah..sebab nampak cantik sangat pasir kat pulau sebelah ..memutih jer...penat gak la berjalan tengah panas camtu..samapi je terus baring kat batu ..nyaman giler rasa..rehat2 kejap, bile perasan air dah makin pasang kitorang gerak ke seberang semula..perut dah lapar , kebetulan plak sampai je hujung pantai ada kedai makan betol tepi pantai syoknyer lar...makan sotong pedas n ikan stim..aikan tu bapak la besnya..kecur selera aku..makan memang lama giler sebb amik kesempatan nak hirup udara pantai..balik challet n dapat sewa skuter..Yeay! yeay! lepas ni leh road island ngan hubby..

.................................................TO BE CONTINUE..................................................................