Thursday, February 4, 2010

EP 2:honeymoon @ Pangkor Island

semalam penat nak menaip panjang lebar pasal road island.So hari ni nak continue lar. Lepas sewa skuter n bayar RM40.00 for full day, kami balik challet n mandi2, tido sekejap baru gerak. Dalam 4.30 kami memulakan perjalanan untuk aktiviti road island. Masa ni dengan selambanya kitorang tak pakai helmet..Sepanjang perjalanan naik bukit, turun bukit menyusuri tepian pantai sambil menikmati pemandangan indah kehijaun laut yang terbentang luas. Singgah sekejap dekat view point untuk snap pemandangan laut dari aras yang lebih tinggi, tak pasti plak berape ketinggian view point tu. Terus menuju ke Pasir Bogak pusing balik ke Jetti Pulau Pangkor..Sebenarnya kami nak mencari satu kilang yang menjual hasil laut. So terpaksa la redah jer sepanjang jalan.  Ronda-ronda tak sangka plak terserempak dengan tempat bersejarah iaitu Kota Belanda. So interested. Dapat la info sikit pasal sejarah dulu-dulu. Menarik sebenarnya sejarah ni. Ermmm..Why la dulu2 aku langsung tak minat this subjek.

Lebih kurang setengah jam lepak situ, meneruskan perjalanan kami ke next destinasi. Kali ni bertembung pula dengan tinggalan sejarah negeri perak iaitu Batu Bersurat. Tapi yang peliknya tang mana tulisannya kat batu tu takdalah pula kami jumpa. Cuma ada 2 biji batu yang besar di mana kedudukannya sebelah menyebelah. So untuk kepastian aku korek sejarahnya dari website :

"Terdapat lukisan seekor harimau sedang membaham seorang budak di Batu Bersurat ini, satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang-orang Belanda berhampiran Kota Belanda di Teluk Gedung.
Lukisan itu dipercayai mengandung sebuah cerita tragik, kononnya anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan seekor harimau. Oleh kerana kesedihan serta untuk memperingatinya maka peristiwa tersebut dipahatkan pada batu ini.
Tetapi menurut penduduk tempatan, kanak-kanak tersebut telah diculik oleh orang Melayu yang tidak suka penjajah Belanda bertapak di Negeri Perak. Orang Melayu dilambangkan sebagai harimau.
Turut terdapat pada batu tersebut ialah ukiran tulisan 1743 I.F. CRALO dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda.

Oo itulah sejarahnya..memang kami perasan tulisan-tulisan tu, tapi tak sangka la plak itu sejarahnya, sebab nampak biasa jer. Bergambar sekeping dua kat situ, sambung balik perjalanan. Nampak gerai ABC abang punya faberet apalagi terus la dia tongkat moto. Aku order mi kari sama ABC n air sirap. Tak faham..kenapa la selera makan aku sekarang melampau2 lebih pada abang. selamba dia perli aku pasal tu, but aku buat pekak je. Peduli janji aku dapat makan. Masa tu kami hepi sangat macam nak stay kat sini lama-lama sebab tenang betol kampung tu. Dah la tepi laut, pastu orang kat situ agak friendly. Dah siap makan harga bapak la murah: 2 ABC+mi kari+air sirap=RM 5.00. Kalau kat KL mau capai RM10.00 ni. Teruskan lgi perjalanan sebab kilng makanan tu belum ditemui, keluar balik Teluk Gedung, tuju hala ke jetty. Kat sini dah start nak masuk perkampungan cina. Turun bukit naik bukit akhirnya sampai gak kat kilang tu. Murah gak la sebab terus keluar dari kilang. Abang borong makanan habis dekat RM100++. Buah tangan untuk famili n kengkawan opis. Selalu ingatkan dia, kita naik moto ni..hahaha takut tak terbawak nanti semua tu. Dah siap memborong teruskan perjalanan. Perjalanan kali ni agak mencabar dan menggerunkan . Ye lar terpaksa menuruni bukit dengan 14, 16 percen kecerunan. Mengikut cerita pakcik kat abang sebelum kami road island, kami perlu berhati-hati sewaktu melalui cerun ni sebab pernah ada kes eksiden sehingga maut..erm bahaya kan. Dah turun bukit, naik bukit , melalui pelbagai kampung, maka selesailah kami meronda satu pulau pada petang tu. Sampai challet, download semua gambar2 yang disnap sepanjang 2 hari ni ke dalam laptop dah settle siap2 untuk candle light dinner pulak. Part ni tetibe plak aku rasa angin jer.. mula-mula abang singgah kat restaurant tepi laut yg kitorang lunch tadi, tetibe tukar plak pergi restaurant sebelah. ishh aku baru berangan nak makan mi bandung, dah kecur liur aku ni.. tapi abang cakap ..la kan nak candle light dinner tak sesuai la makan mi bandung..erm pullakkk..So untuk candle light dinner punya pasal kami order la makanan special sket malam tu..ehm sedap jugak..lepak2, borak2 sambil mata ni dok perhati mat2 beach boys (melayu) n minah saleh kat sebelah ni yang selambe minum arak. Ni la kebebasan dok kat pulau macam ni. Orang-orang melayu kite selamba je minum "minuman" yang tak halal tu. Dah penat cuci mata, perut dah kenyang kami kembali ke challet.  

 Hari ke-3

  Hari ni awal2 pagi dah turun ke pantai. Belum breakfast pun.mula2 kami wat aktiviti snorkeling.Seperti biasa sewa boat and peralatan terus ke pulau seberang skitar kul 9 pagi , kami mintak beach boy jemput semula jam 10.30 pg.  Masa tengah cari2 port nak letak barang, ntah macamne abang tersalah langkah, terpijak lumut, so terjelepuk jatuh atas batu2 karang yang melekat kat batu sekitar pantai tu. Kcian, abih berdarah kaki dia n sampi hari ni still bengkak. takpelah bang kan, kenangan dari Pangkor.
Ermm.. kali ni aku dah agak pandai bersnokeling. Tapi still takut2 lagi. Dalam 9.30 pg aku dah naik darat sebab terasa cam loya jer tekak, pening2, mungkin sebab tak biasa berkeadaan macam tu. Bila dah naik malas pulak nak turun, biarkan abang sorang2 snorkeling sambil2 tu ambil kesempatan snap gamba dia n port2 yang menarik kat sekitar tu. Lebih kurang jam 10.30 kami bergerak semula ke pantai. . Aku kena paksa teman abang main jetski. Layan jelar sebab nampak dia dah confident untuk control benda alah tu, so aku yakin la ngan dia kali ni. Start snap gambar untuk kenang-kenangan. Macam biasa la. Erm kali ni bile dah membonceng abang , dah sampai kat tengah2 laut memang betol2 tak rasa kecut macam first2 naik dulu. Kali ni baru beto2 feel. Seronok rupenya. Dapat hirup udara laut walaupum agak hanyir tapi puas sangat. Oooh menakjubkan..Subhanallah betapa besarnya kuasa ALLAH kan..bila lihat hasil Ciptaan-Nya yang Maha luas ni terbentang kat depan mata, terasa betapa kerdilnya diri ni..laut ni bagaikan tiada penghujungkan...dah habis 20 min menongkah arus laut, kami kembali semula ke pantai, pergh masa tak setimpal dengan harga..n masa jugak mencumburui kami sebab ni adalah jam2 terakhir kami di sini..tinggalah Pangkor..akan kami abadikan kenangan manis ni sampai bila-bila..


Balik challet kemas2 barang semua, bersiap2 , serah kunci n sewa teksi untuk kembali ke Jetty Pangkor. Tepat 2.30ptg sampi ke Pekan Lumut. Shopping2 cenderamata as a memory and memulakan perjalanan balik ke KL. Dalam 8.30 samapi umah..Yeay sebab sampai awal, sempat masak2...and jeng...jeng..jeng..checked pregnant dgn UPT dgn perasaan yg sangat berdebar2..n hasilnya satu line terang satu line sangat kabur..last2 aku yang blur +ve ke -ve ni...ahhhhhhhhh confuse..takpelar nexwix check balik biar beto2 confirm.. haha babai .. see 4 the next post....kite tunggu ape hasilnya..+ve, -ve...+ve, -ve...+ve, -ve......dug dag..dug dag......










































 

No comments: