Friday, July 16, 2010

makanan semasa berpantang

makanan semasa berpantang

Jamu

Kebanyakan ibu-ibu lepas bersalin mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali seperti sediakala. Bagaimanapun, sebaiknya anda tidak mengambil jamu pada peringkat awal kerana kandungan bahan di dalamnya boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan. Makanlah selepas 2 minggu lepas bersalin serta dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambilnya.

Ulam-UlamanAnda disyorkan makan lebih banyak ulaman dan sayuran yang sesuai untuk ibu dalam pantang, tetapi elakkan makan petai, jering atau apa sahaja ulaman yang menerbitkan bau yang busuk.

Rempah Ratus
Dipercayai makanan yang dimasak dengan menggunakan pelbagai jenis rempah ratus dapat mengurangkan masalah berat badan yang dialami selain memulihkan tahap kesihatan.

Halia Muda
Sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang mengandungi banyak halia, ia dapat memecahkan angin dalam badan, menghilangkan rasa sejuk dan melancarkan proses penghadaman.

Kunyit
Kunyit yang sering diminum sebagai jamu oleh ibu berpantang dipercayai dapat mengecutkan rahim dan mencuci darah. Bahkan jika kunyit dimakan bersama nasi selama 40 hari, anda mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka.

Bawang Putih
Bawang putih bukan sahaja berfungi sebagai penyedap makanan, bahkan mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang ketika bersalin. Bahkan ia juga dipercayai mampu membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

Pegaga
Ulam ini cukup terkenal di kalangan ibu berpantang. Daun pegaga disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya membantu menambahkan ingatan dan merehatkan minda serta tubuh badan. Malah ia dapat mengatasi masalah yang dialami selepas bersalin.

Sawi
Di kalangan masyarakat India, sawi menjadi keutamaan ketika berpantang. Sayur sawi dipercayai dapat membuang angin dalam tubuh badan. Selalunya, sayur ini dimasak dengan cara mencelur terlebih dahulu dan dimakan bersama hidangan nasi panas.

Peria
Amalan memakan peria ketika berpantang dapat mengatasi masalah kesukaran membuang air besar. Ia jugadapat menambahkan penghasilan susu ibu selain membersihkan dan melancarkan peredaran darah.

Ikan Haruan & Tenggiri
Untuk mengekalkan kesegaran tubuh, kebanyakan ibu berpantang akan mengamalkan pemakanan ikan haruan dan ikan tenggiri. Selain membantu melicinkan dan menegangkan kulit tubuh, ia dapat menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh. Ikan haruan dan tenggiri mempunyai kandungan asid amino dan lemak. Apa yang lebih menarik, kedua-dua ikan ini bebas kolesterol yang membuatkan wajah kelihatan berseri-seri.
Asam Jawa
Campuran perahan air asam jawa ke dalam sebarang jenis hidangan ibu berpantang dapat memudahkan anda membuang air besar selain menyegarkan tubuh badan.

Nasi
Seelok-eloknya, nasi yang dihidangkan mestilah panas dan baru sahaja dimasak. Tujuannya adalah untuk memastikan khasiat dan kesegarannya berkekalan. Untuk mengelakkan kembung perut, elakkan daripada memakan nasi putih yang telah sejuk.
Minuman Berkhasiat
Ingin mengembalikan semula tenaga tubuh yang hilang ketika proses bersalin, anda digalakkan untuk meminum air rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Dengan mengamalkan air rebusan ini pada setiap pagi dan malam, badan akan kembali menjadi ringan dan bertambah tenaga.

Ayam & Daging
Ayam dan daging adalah sumber protein haiwan yang penting untuk membantu memulihkan tenaga ibu selepasbersalin. Cara memasak seperti memanggang atau merebus dapat mengurangan kandungan lemak.Ibu perlu minum banyak air untuk memastikan susu ibu keluar dengan banyak.

No comments: