Tuesday, January 13, 2015



26 Dec 2014 (Jumaat)- harini halfday sebab nak dating ngan hubby sempena celebrate his 26th birthday. Area Bandar Kuantan je. First nak buat surprise nak celebrate kat Lila Wadi or Kotak Kalam tapi hubby taknak. He just want a simple place. So kitorang just makan-makan kat Dallah Resraurant.
Restaurant nasi arab. Not bad, tapi my tekak tak berapa nak cinta sangat dengan masakan arab ni coz its just nice, kering2 macam tu. Tak berapa nak menepati selera sangat. tapi sebab today is his special day, so ikut je selera tuan badan. Dah lepas makan-makan ajak hubby p tengok Hobbit...sebab dia pernah suarakan keinginan nak menonton movie tu. nak harapkan hari2 biasa ermm memang tak dapat la. Sebabkan masa suntuk so tak dapat la nak jalankan misi mencari baju dayyan. alahai kcian baby mummy ni. ....bercerita pasal dayyan, lepu hari ni jugak genap my baby 7 months.. ya Allah cepat sgt la masa berlalu. Janganla cepat sangat baby besar. xsempat nak belai2..

>>>










PERKEMBANGAN BUDAK2 3 ORANG SETAKAT NI:

DHIA
_AktiViTI_
Now: 4 yrs 2 bulan. huhu..kakak..bercakap amboi pandai mengalahkan kite kalau berhujah..tapi mak ai semakin menjadi2 manja..biasala kakak kan..kalao tak macam tu, ermm mummy n daddy xlayan plak. setakat ni dhia dah setahun sekolah kat pasti ajwad..abc, 123, alif - ya, dah boleh la.. hafaz surah2 yg pendek2, ayat kursi boleh dah...cuma ejaan n bacaan tak boleh lagi. takpe takmboh t ekan sangat dia . sebab my matlamat just nk explorekan dia dgn alam persekolahan je.
Skang dhia tinggal dengan Mama Eni. Suka sangat dengan Mama Eni, sebab Mama Eni selalu bawak p jalan-jalan, mama Eni suke pakai makeup, dhia suke nengok Mama eni make up2 aku rasa mesti dia perasan mama eni 24 j nk kuar, padahal dok memerap dalam umah je. Actuallu aku pon kagum tengok Mama Eni. Umur dah 50, tapi still cantik n sentiasa bergaya walaupun duduk dalam rumah. Hai itu setara ibu tunggal. Aku ni??? Tak insaf2 .... selekeh memanjang. Jangan satu hari dhia sound macam ni udah la..""Mummy, pakai lipstik macam mama tu..auwww...tak ke malu aku....sebb mulut minah sorang ni erm boleh tahan jugak.. dah la memanjang asyik nk tengok frozen sampai dah hafal aku rasa skrip frozen tu.. lagu let it go tu apatah lagi...pengaruh frozen betollah..


~Danish Mikail~
huhu, mamat sorang ni bajet2 gud boy..hahah tapi penakut amat. pandai amik hati mumy n dady. jenis senang ikut arahan. kalau suruh mandi ikut je. Kalau suruh makan, uishh memang tak tolak la..suke makan nasi n berat2 je. makanan biskut ke roti kureng.
Hari ni 13 januari 2015 ..besday danish yang ke 3..selamat hari lahir anak mommy n daddy. semoga Muhammad Danish Mikail menjadi seorang insan yg berhati mulia, ada jati diri,  seorang yang boleh diharap, khalifah allah yg menurut segala perintahNYA.AMiin ..we always love u ever n forever..


SO WE CELEBRATe his besday at his taska..gave a cake to the children n gave some goodies to them. So happy.

Wednesday, November 13, 2013

top 10 finalist!!!

td tgh2 bergegas masuk opis sambil bawak nasi bungkus, ada org call dr huggies supestar search..say congrate coz dhia winner top 10 finalists utk that competition..la xsangka langsung..dah x ingat langsung pasal tu..macam mana plak dhi aleh terpilih ..pe2 pun tahniah anak mummy....nanti kita wat video funnu utk judges judge siapa pemenang...ni semua bergantung kat dhia..kalau dhia pandai  tarik perhatian juri, ha menang ler..ikut luck n rezki dhia la nanti kan..

MENU DHIA

minggu terakhir bergelar fullhousewife..next week start masuk kerja.xvb

Sunday, December 9, 2012

December 2012

saje aku wat tajuk entry camtu. untuk sedarkan diri dan memang sedia sedar bahawa masa berjalan begitu pantas..how a time flies!! pejam celik pejam celik dah nak setahun . Danish pun dah hampir setahun la.
perkembangan hidup?? WOWW..slow-slow la membina kehidupan ke arah yang lebih baik. usaha-usaha dan terus usaha. 


jeng....jeng..tukar topik lain la.. 


sesambil dok ngadap tenet ni google sana google sini berminat pula dengan satu isu ni. isu kristian yang sentiasa mempunya niat untuk jatuhkan orang-orang islam. Syukur dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam. Hidup yang sentiasa berpandukan ALQURAN dan SUNNah Rasulullah SAW..ALhamdulillah. agak geram dan sedih dengan usaha kuat orang-orang kristian yang tidak penat-penat untuk jatuhkan islam..ni salah satu  contoh yang aku baca pasal agenda diorang: Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
kalau nak lebih lanjut gugel dari blog ustaz amin"-www.ustazamin.com.

nak kena stop dulu jap..anak-anak nak makan, tapi belum ready masak. k ..salam

Saturday, November 24, 2012

MELAWAT NURSERY ANAK2




Hari ni bangunkan anak-anak agak awal. kecian diorang. sorry. hari ni mummy want to take offer letter from my Genius Aulad Putra Permai and i have brief about my job descriptions for Monday. After back from GA, singgah kejap kat nursery baru anak-anak. Taska Solehin  Permata Lestari. Nampak agak ok la taska ni. Dhia pun agak suka. Nampak je mainan jongkang jongkek laju menerpa. Good for the first impression for Dhia. Danish jenis tak kisah. letak je mana-mana. Hidup je dia. 








 
Kebetulan datang , terserempak dengan owner, Teacher Syam, friendly orangnya. ok la. so far aku dah rasa lega dan hati tak risau lepaskan anak-anak di bawah jagaan mereka. Pengasuh, teache Muqit pun nampak baik budaknya, tak nampak hipokrit, lurus my hubby cakap. Saje kitorang berlama-lamaan kat taska tu. first nak biasakan Dhia dengan suasana di situ and 2nd nak tahu lanjut apa yang diorang provide. lega sebab aku tak perlu nak susah bawak tilam comforter bagai, tak payah nak masak keletang keletung pagi-pagi untuk buat makanan anak-anak. semua pihak taska sediakan. Alhamdulillah. Tawakallillah. Moga-moga Allah selamatkan anak-anak ini dari segala mara bahaya. AMiiinn..

Friday, October 12, 2012

1st step of our future..

tuisyen gerak gempur...esok akan kami akan mula menjalankan langkah seterusnya bagi merealisasikan misi kami. Agar ALLAH permudahkan segala urusan kami. amiin...


Tuesday, October 9, 2012

MENU DHIA

day 16 for Muhammad Danish Mikail...

salam..dah lama aku tak membuka lembaran ni..tgh boring2 dlm ms berpantang ni teringin lak jari jemari membaitkan sepatah dua kisah hidup bersama insan yg br 16 hari melihat dunia ni..br 2 mi sgt nk bliknggu tpdhrs lm .rindu

I'm back..

salam..hampir setahun tak bersua dengan blog ni..buzy?? huh...semstinya..melayan anak-anak..Dhia, Danish.. sedar tak sedar Dhia pon dh genap 2 tahun. Danish dah masuk 9 bulan. Uishh penat melayan keletah masing2.. tak pernah citer pasal Danish..kcian Danish..so far Danish dah pon pandai mcm2..ala mcm2 setara budak umur 9 bulan la..gigi pon dh tumbuh 6 batang (8 bulan time ni)..dh pandai berdiri, tepuk2 meja...dh lali kena ragging ngn kakak..

mummy now still not working...tengah mengatur strategi untuk buat something...hope aku berjaya...

dah pindah rumah teres. bagi keselesaan untuk anak2.. anak2 semakin membesar

Wednesday, December 14, 2011

set bersalin NR

PHYTO NATAL
KKM No : MAL02090043TC
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
KHASIAT MENGAMALKANNYA :
Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
Mengimbangi kembali sistem badan.
Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan
CARA PENGGUNAAN
Diamalkan bermula hari ke 4-50
(Boleh diteruskan sehingga 100 hari jika mahu)
Kelawasan biasa
makan 2 - 3 biji 1 kali sehari
Terlalu lawas (Sensitif)
makan 1- 2 biji 1 kali sehari
Tidak lawas (Sembelit)
makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali sehari

HERBANIKA BARUT (SERBUK)
KKM No : MAL20014435T
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
KHASIAT MENGAMALKANNYA :
Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
CARA PENGGUNAAN
Diamalkan bermula hari ke 4 - 40
Serbuk - Campurkan 1-2 sudu besar Serbuk Herbanika Barut dengan 4 sudu besar asam jawa tanpa biji dan air yang mencukupi di dalam periuk tanah.
Panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga sebati. Seeloknya tidak terlalu cair atau pekat.
Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut ketika suam ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
Pakailah bengkung.
Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
Pakai sepanjang malam.
Seeloknya memakai Serbuk Herbanika Barut pada sebelah pagi dan Krim Herbanika Barut pada sebelah petang atau memilih salah satu.

panduan amalan berpantang

Pemakanan atau Diet Semasa Di Wad & selama 44 hari:-

  • Ibu - ibu dalam pantang bersalin boleh memakan buah-buahan sapert Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk),
  • Jus Epal, Blackcurrant  ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika
  • Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan  Madu Lebah.
  • Sayur-sayuran yang disyurkan boleh dimakan  ulam -ulam  Pengaga,Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina ,  Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus ,Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang ( merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang
  • Nasi Panas sederhana lembut , Bubur  Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni
  • Ikan yang segar iaitu  Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.
  • Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung  (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang ,Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya ( Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains
  • Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari

Dijauhi semasa dalam pantang bersalin
  • Ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol,parang dan juga makanan laut yang  lain dimana ia  boleh menyebabkan luka-luka  dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.
  • Ibu -ibu bersalin dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan  fizikal dan mentalnya
  • Ibu  bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk , minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik.
    Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism ,rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Banyak resepi -resepi manarik yang boleh  diambil oleh wanita-wanita didalam pantang bersalin  antaranya :-

Resepi Pati Ayam.
Bahan A
1 ekor ayam ( ayam didik atau ayam dara ) bersihkan dan rendam dengan tepung gandum selama 2 minit untuk menghilangkan bau hanyir.

Bahan B
5 ulas  besar bawang putih
6cm halia
1/2 sudu teh lada putih atau lada hitam ikut suka
1 sudu  besar madu lebah
Garam secukup rasa .
bawang putih dan halia dikisar dan campurkan dengan yang lain-lain .

Bahan C
2 sudu besar kicap manis

Cara menyediakanya:
a. Ayam digaul rata dengan bahan B
b. Kukus dengan 6 cawan air selama 3-4 jam sehingg empuk .
c. keluarkan ayam ambil patinya masukkan kedalam mangkok dan ayam dipotong kepada 4 bahagian .
d. Gaul ayam dengan bahan C dan digoring
e.  Hidang panas dan makan dengan nasi serta supnya,,,,



(copy paste from set bersalin.com)

Wednesday, October 5, 2011

milestone dhia dr lahir sampai 12 bulan

 

 5/10/2011
harini genap umudhia setahun, daddy hadiahkan subang emas bentuk love...anak mummy ni makin galak plak skang, so active...penatnye layah keletah dia, tp heppy..kalau org babai, laju je tgn dia balas..pastu mulut bising hihihi...

dhia 11 bulan
~awal bulan dah pandai berdiri sendiri but tk pandai nk melangkah lagi
~dh mcm2 pangai beb..
~raya syawal ke 26, buat open house n sambut befday dhia sekali..wah paling sonok dia haritu..tunjuk aksi dia depan org,
~mulut bising, kalo nangis dh pandai bebel2 tp tak butir apa yg dia bebelkan


dhia 10 bulan
lorr dah termiss nk citer umur dhia 10 bulan ni, malas punye pasal nk update blog la ni..anyway, perkembangan dhia semakin maju
~ seblan je duduk nursery baru but memang tak sesuai utk dhia, pg2 nak nagis peluk mummy or daddy
~tuka nursery lama terus heppy
~Dhia demam agak teruk, 39.5c, hampir nak warded, berat turun dr 7.95 ke 7.25..
~gigi atas dah tumbuh 2 batang lagi so dh jd 4 batang
~tgh dok beli persiapan raya dhia
~dah pandai angkat tangan bila org tanye sape nama dhia, angkat tangan, laju jer angkat dua2 belah tgn.
~still berdiri n bertatih but belum berjalan lagi tp dah tegap la berdiri dh tak jatuh2 lagi
~akhir 10 bulan: sambut raya pertama with famili di Ganchung n Jengka..ramai peminat..dapat duit raya byk but akhir bulan br nak kira berapa.dhia pakai bj kurung purple cumell sgt..hihihi
~tindik telinga masa raya k3..
~antara sepupu2 kt Jengka, dia yg paling kuat makan..  macam2 dh makan..


milestone dhia 9 bulan (5/7/2011)~anak mummy dah besar ke...
~wah skang ni mulut dia dah bising..nak ape2 sket...mmaaa...mmaa..mmaa..comel je bunyi..
~skang ni penerokaan semakin meluas. Pantang mummy bergerak..wahh..mesti akan merangkak selari pergerakan mummy..macam nak pergi toilet, sedar2 bukak pintu dah tercongok tunggu mummy depan pintu.
~ruang dapur dah pandai merangkak keluar masuk. hari tu mummy dok masak kat dapur bahagian paling hujung ni, tetibe pandang bawah aiii dah ternganga pandang mummy..dhia2 laju betol anak mummy ni..
~skang ni tido malam kena paksa
~dah serasi duduk nursery baru
~suka ngunyah2..penatnya mummy dok cari biskut yg sesuai utk dhia.



milestone dhia 8 bulan
hari ni dah 8/6/11 .dhia 8 bulan. so far :
~berat : 7.9 kg
~dah laju merangkak
~makin manja. tp still nice gurl..
~mulut dah bising
~still makan bubur nasi blend .
~budak yg sangat baik...jarang n susah nk tgk dia nangis. cool jer.. kalau mummy tgh masak ke, lepas masak semua sempat lah kemas dapur, siap mandi , tp dia cool je menunggu , jnji letak dia dalam stoller. sampai mummy kcian sgt nengok dia menunggu cam tu..so cepat2 setelkan kerje n terus bg upah neneng. neneng sampai tidor. penat tunggu mummy buat keje umah.
~aktiviti panjat memanjat di bawah pemantauan mummy. mummy taknak dhia asyik jatuh jer. 
~so far alhamdulillah senang sgt jaga anak mummy ni. thanx ye sayang..
8 1/2 ~ dah mkn bubur lenyek
~dah tumbuh gigi bawah,
~asyik nk bersidai kat tepi katil
~dah meniti dari hujung ke kepala katil

milestone dhia 7 bulan
~dah boleh merangkak
~rambut dah boleh ditocang
~makan sgtlah berselera
~menu - bubur nasi blend + carrot + brokoli + kismis + kurma + potato
~dah reti nak main ucak2 dgn mummy
~dah pandai memanjat...semalam(23/5/11) , 3 kali jatuh terlentang sebb hepy sangat dapat panjat kusyen  lepas tgn terus terlentang
~mulut dah bising
~ dah pandai ketawa , tapi bila org tegor muka susah nk senyum..pe kes??
penghujung 7 bulan
~dah pandai angkat kaki, pegang kerusi berdiri, duduk tak pandai tp berdiri dah pandai..
~usaha gigih nk gerakkan kaki, tp still tak lepas,
~dah byk kali jatuh, kcian,nangis sakit la tu.
~pantang daddy n mummy keluar, mesti dah pndai nk ikut


milestone dhia 6 bulan
berat ~ 6.9kg

dah start mamam..makanan dhia yg pertama kurma+air zamzam+susu mummy = sedaaaappp!!..lepas tu buat bubur nasi , goreng beras merah, blend, reneh, tapis. buat stok utk 4 days.
 kuat main, ketawa lagi2 dengan daddy. makin manja pantang kena tinggal,..
dah pandai menjulur ke belakang ke depan..
angkat dada, tgn, kaki...


review sikit perkembangan dak kecik ni:
1 bulan = mestilah baru lahir..keluar je dari perut terus poo poo, nangis..ish windunya saat tuh....start dari turun air, bangun pagi .....nak citer balik lah pengalaman lahirkan Dhia........

4 Oktober 2011
bangun pagi 6.30..perasan ada lendir keluar, tercalit warna merah. ermm apa ni yek..ignore je lah. terus mandi, siap2 tapi dalam hati still terfikir takkan dah sampai masa kot, due aku 13hb ni..ermm..bagitau hubby..dia pun macam tak percaya. pergi kerja macam biasa. tapi 2 3 hari before dah perasan banyak discaj yg wat aku confuse. kat opis plak  bagitau mak2 org yg berpengalaman ni, sume nasihatkan aku p hospital, sebab dah start keluar air. but i tak tau air pe, cair dan tak ada apa2 bau. call hubby pukul 4 baru dia boleh jemput. terus pergi PPUM. register, tanye sikit2, terus warded. tukar baju ward and tunggu dalam labour room. hubby tunggu kat luar, boring2 tunggu doktor sempat lagi gelak2 dengan hubby sebab still tak percaya dah kena masuk labour room coz tak rasa sakit langsung time tu. tapi hubby plak yg risau lebih.

4 okt-5.30 ptg - baring kat katil and doktor start seluk. rupanya dah buka 3cm but stilll tak rasa pe2. so, 6.30ptg,doktor start induce,pasang mesin segala..hubby tak boleh masuk dah time ni. sedih jugak. rilex2 lagi. sampi 8.30 mlm, dah rasa sikit2 contraction.bukaan 5cm.macam sakit period gitu..sekejap2 dtg n jap ok..pukul 10 dah start sakit yg tak boleh tahan. doktor cek dah bukak 9cm. so doktor dah start suruh teran. masa ni sakit hanya tuhan yg tahu..but kepala baby still tak nampak. doktor siap simpan balik kelengkapan n suruh tunggu..pergh gilerr sakit weh..nk suh tunggu lagi coz rambut pun tak nampak lagi..dah banyak kali seluk still tak boleh. hihi doktor cakap i tak reti teran. pukul 11, 12,...sampai dah tak dapat nk tahan lagi kesakitan tu, dah macam baby nak keluar sangat2 but aku tak dapat lagi nak teran...cian hubby dok kat luar sorang2..sampai pukul 2 lebih menanggung kesakitan, at last doktor suggest utk operate so laju je kepala angguk. bawak keluar dari labour room, hubby dah sedia tunggu kat luar...follow sampai OT. otw tu, lantak lah sakit punya pasal memang dah terjerit2..haha..ingat2 balik malu plak..sekali lagi hubby dok tunggu kat luar, takleh masuk. azab lagi masa kat dalam ni coz kena tunggu pakar bius yg otw, on call time tu..sabar...sabar...je lah..semua staff kat dlm bilik OT dah kcian giler tengok aku..cuba menenangkan diriku...t

5 okt 2010, 2.45 ~ sakit hilang serta merta, tatkala tulang belakang aku diinject ubat bius....hilang segala kesakitan yg tak tertanggung tadi. lega sesangat..baring dan doktor start operasi kt pewut ku.. sekali lagi rasa hilang segala beban kat perut bila baby ditarik keluar..barulah terasa selama ni rupanya perut aku berat.. but tak pernah rs pun bebanan tu..ok dah selamat..keluar2 je si kecik terus poo poo...hehehe...shuke2...n yg paling best bile doktor tunjuk boy or girl, sebenarnya tak nampak pun ,  but laju je mulut sebut girl..instinct n naluru seorg ibu agknye. memang tepat pun...n dah selamat jd mummy....berat dhia 2.97kg n pjg 46cm

5 okt 2010 ~ 7 pg . first susukan dhia..terus dah pndai latch on..congrats to anak mummy..stay semalaman kat ward..malam tu dia tersedu..adushh ..takut aku, ye la tak pernah  face the situatioan, dah la, baby baru lahir..call hubby, kebetulan kat umah pak jay ..dia suh ambil benang pada kain napkin taruk kat dahi dhia, nasib baik hilang terus sedu dia.dhia neneng sampai pagi...tengahari dah boleh balik umah...yeay!!

Thursday, July 14, 2011

makanan semasa berpantang

hari ini punya cerita..

adush malas tol nak bangun pagi ni, tak sedap badan lak rasa. berat kepala but gagahkan diri mandi siap sekadarnya. mak ai jam plak jalan, kuar simpang umah samapi opis boleh kira bape kali tekan minyak. sabarjela. sampai opis buat kerja. free2 upload gambar kuih raya kat facebook utk promote ke membe2. pastu call PPUM nak tau result darah yang test air gula isnin haritu erm nasib baik ok takder pe2, HB pun ok alhamdulillah. harap2 sayang mummy sihat ye. walau apa pun yang berlaku mummy harap sayang kat dalam tu kuat k.












harini bangun lambat badan rasa tak sihat, malas nak pegi kerja but gagahkan diri jugak. siap2 sekadar n keluar rumah menempuh jalan yang sagat la jem giler babas. sabar je nasib ada hotFM peneman setia. sampai opis semangat berkobar nak apply kerja.

pegawai sains C41
pegawai penyelidik Q41
hari ni aku dah beli melilea organic and apple for my hubby seperti yg dijanjikan. harap2 bila minum ni, dia will be ok la. tak sakit2 kepala lagi.

uik dah lama sgt nih!!!

ai dah lama benor aku tk memblogging2 ni...bby kt dlm perut ni pun dah masuk 6 bulan. C dah berbulan2 tak update...hehe