Wednesday, December 14, 2011

set bersalin NR

PHYTO NATAL
KKM No : MAL02090043TC
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
KHASIAT MENGAMALKANNYA :
Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
Mengimbangi kembali sistem badan.
Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan
CARA PENGGUNAAN
Diamalkan bermula hari ke 4-50
(Boleh diteruskan sehingga 100 hari jika mahu)
Kelawasan biasa
makan 2 - 3 biji 1 kali sehari
Terlalu lawas (Sensitif)
makan 1- 2 biji 1 kali sehari
Tidak lawas (Sembelit)
makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali sehari

HERBANIKA BARUT (SERBUK)
KKM No : MAL20014435T
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
KHASIAT MENGAMALKANNYA :
Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
CARA PENGGUNAAN
Diamalkan bermula hari ke 4 - 40
Serbuk - Campurkan 1-2 sudu besar Serbuk Herbanika Barut dengan 4 sudu besar asam jawa tanpa biji dan air yang mencukupi di dalam periuk tanah.
Panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga sebati. Seeloknya tidak terlalu cair atau pekat.
Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut ketika suam ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
Pakailah bengkung.
Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
Pakai sepanjang malam.
Seeloknya memakai Serbuk Herbanika Barut pada sebelah pagi dan Krim Herbanika Barut pada sebelah petang atau memilih salah satu.