Tuesday, January 13, 2015



26 Dec 2014 (Jumaat)- harini halfday sebab nak dating ngan hubby sempena celebrate his 26th birthday. Area Bandar Kuantan je. First nak buat surprise nak celebrate kat Lila Wadi or Kotak Kalam tapi hubby taknak. He just want a simple place. So kitorang just makan-makan kat Dallah Resraurant.
Restaurant nasi arab. Not bad, tapi my tekak tak berapa nak cinta sangat dengan masakan arab ni coz its just nice, kering2 macam tu. Tak berapa nak menepati selera sangat. tapi sebab today is his special day, so ikut je selera tuan badan. Dah lepas makan-makan ajak hubby p tengok Hobbit...sebab dia pernah suarakan keinginan nak menonton movie tu. nak harapkan hari2 biasa ermm memang tak dapat la. Sebabkan masa suntuk so tak dapat la nak jalankan misi mencari baju dayyan. alahai kcian baby mummy ni. ....bercerita pasal dayyan, lepu hari ni jugak genap my baby 7 months.. ya Allah cepat sgt la masa berlalu. Janganla cepat sangat baby besar. xsempat nak belai2..

>>>










PERKEMBANGAN BUDAK2 3 ORANG SETAKAT NI:

DHIA
_AktiViTI_
Now: 4 yrs 2 bulan. huhu..kakak..bercakap amboi pandai mengalahkan kite kalau berhujah..tapi mak ai semakin menjadi2 manja..biasala kakak kan..kalao tak macam tu, ermm mummy n daddy xlayan plak. setakat ni dhia dah setahun sekolah kat pasti ajwad..abc, 123, alif - ya, dah boleh la.. hafaz surah2 yg pendek2, ayat kursi boleh dah...cuma ejaan n bacaan tak boleh lagi. takpe takmboh t ekan sangat dia . sebab my matlamat just nk explorekan dia dgn alam persekolahan je.
Skang dhia tinggal dengan Mama Eni. Suka sangat dengan Mama Eni, sebab Mama Eni selalu bawak p jalan-jalan, mama Eni suke pakai makeup, dhia suke nengok Mama eni make up2 aku rasa mesti dia perasan mama eni 24 j nk kuar, padahal dok memerap dalam umah je. Actuallu aku pon kagum tengok Mama Eni. Umur dah 50, tapi still cantik n sentiasa bergaya walaupun duduk dalam rumah. Hai itu setara ibu tunggal. Aku ni??? Tak insaf2 .... selekeh memanjang. Jangan satu hari dhia sound macam ni udah la..""Mummy, pakai lipstik macam mama tu..auwww...tak ke malu aku....sebb mulut minah sorang ni erm boleh tahan jugak.. dah la memanjang asyik nk tengok frozen sampai dah hafal aku rasa skrip frozen tu.. lagu let it go tu apatah lagi...pengaruh frozen betollah..


~Danish Mikail~
huhu, mamat sorang ni bajet2 gud boy..hahah tapi penakut amat. pandai amik hati mumy n dady. jenis senang ikut arahan. kalau suruh mandi ikut je. Kalau suruh makan, uishh memang tak tolak la..suke makan nasi n berat2 je. makanan biskut ke roti kureng.
Hari ni 13 januari 2015 ..besday danish yang ke 3..selamat hari lahir anak mommy n daddy. semoga Muhammad Danish Mikail menjadi seorang insan yg berhati mulia, ada jati diri,  seorang yang boleh diharap, khalifah allah yg menurut segala perintahNYA.AMiin ..we always love u ever n forever..


SO WE CELEBRATe his besday at his taska..gave a cake to the children n gave some goodies to them. So happy.

Wednesday, November 13, 2013

top 10 finalist!!!

td tgh2 bergegas masuk opis sambil bawak nasi bungkus, ada org call dr huggies supestar search..say congrate coz dhia winner top 10 finalists utk that competition..la xsangka langsung..dah x ingat langsung pasal tu..macam mana plak dhi aleh terpilih ..pe2 pun tahniah anak mummy....nanti kita wat video funnu utk judges judge siapa pemenang...ni semua bergantung kat dhia..kalau dhia pandai  tarik perhatian juri, ha menang ler..ikut luck n rezki dhia la nanti kan..

MENU DHIA

minggu terakhir bergelar fullhousewife..next week start masuk kerja.xvb

Sunday, December 9, 2012

December 2012

saje aku wat tajuk entry camtu. untuk sedarkan diri dan memang sedia sedar bahawa masa berjalan begitu pantas..how a time flies!! pejam celik pejam celik dah nak setahun . Danish pun dah hampir setahun la.
perkembangan hidup?? WOWW..slow-slow la membina kehidupan ke arah yang lebih baik. usaha-usaha dan terus usaha. 


jeng....jeng..tukar topik lain la.. 


sesambil dok ngadap tenet ni google sana google sini berminat pula dengan satu isu ni. isu kristian yang sentiasa mempunya niat untuk jatuhkan orang-orang islam. Syukur dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam. Hidup yang sentiasa berpandukan ALQURAN dan SUNNah Rasulullah SAW..ALhamdulillah. agak geram dan sedih dengan usaha kuat orang-orang kristian yang tidak penat-penat untuk jatuhkan islam..ni salah satu  contoh yang aku baca pasal agenda diorang: Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
kalau nak lebih lanjut gugel dari blog ustaz amin"-www.ustazamin.com.

nak kena stop dulu jap..anak-anak nak makan, tapi belum ready masak. k ..salam

Saturday, November 24, 2012

MELAWAT NURSERY ANAK2




Hari ni bangunkan anak-anak agak awal. kecian diorang. sorry. hari ni mummy want to take offer letter from my Genius Aulad Putra Permai and i have brief about my job descriptions for Monday. After back from GA, singgah kejap kat nursery baru anak-anak. Taska Solehin  Permata Lestari. Nampak agak ok la taska ni. Dhia pun agak suka. Nampak je mainan jongkang jongkek laju menerpa. Good for the first impression for Dhia. Danish jenis tak kisah. letak je mana-mana. Hidup je dia. 








 
Kebetulan datang , terserempak dengan owner, Teacher Syam, friendly orangnya. ok la. so far aku dah rasa lega dan hati tak risau lepaskan anak-anak di bawah jagaan mereka. Pengasuh, teache Muqit pun nampak baik budaknya, tak nampak hipokrit, lurus my hubby cakap. Saje kitorang berlama-lamaan kat taska tu. first nak biasakan Dhia dengan suasana di situ and 2nd nak tahu lanjut apa yang diorang provide. lega sebab aku tak perlu nak susah bawak tilam comforter bagai, tak payah nak masak keletang keletung pagi-pagi untuk buat makanan anak-anak. semua pihak taska sediakan. Alhamdulillah. Tawakallillah. Moga-moga Allah selamatkan anak-anak ini dari segala mara bahaya. AMiiinn..